Pasangan selebriti yang bergelar suami isteri, Que Haidar dan Linda Jasmine sememangnya dikenali dengan cahaya mata perempuan mereka yang comel dan cantik iaitu Tengku Ratu dan Tengku Cleopatra yang kini sudah meningkat dewasa.
Baru-baru ini, kedua-dua anak dara pasangan selebriti itu difahamkan telah menghadiri rancangan MeleTop dan Que Haidar sempat memuat naik beberapa keping foto Ratu dan Cleopatra ketika di set penggambaran.
Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat dan netizen tampil memuji kecantikan puteri sulung dan kecomelan si bongsu yang kata mereka ala-ala ‘vibe’ puteri Sepanyol!
Kata netizen lagi, wajah kedua-duanya juga unik dan memiliki potensi untuk menjadi model antarabangsa suatu hari nanti.
Seorang lawa macam mak, seorang comel macam ayah.
Vibe macam dua puteri Sepanyol tu. Anggun dan cantik.
Dalam pada itu, ada juga yang memuji Que dan Linda pandai mendidik anak kerana kedua-duanya tidak memiliki akaun media sosial kerana masih lagi belum bersedia.
Sebagai bapa, abang rasa (Que) lagi kenal anak-anak abang. Anak-anak saya, hati diaorang lembut.
Kan kita ada sesetengah, segelintir netizen yang tulis tak elok. Kacau diorang punya ‘feeling’. Saya rasa diaorang tak ‘ready’ lagi untuk ‘handle’ that thing.
Cantik dan comel sungguh kan!
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.