“Boleh Guna Kad Kredit Atau Debit Selain TnG” – Anthony Loke Perkenal Sistem Pembayaran Terbuka Untuk ‘Public Transport’

Berita

“Boleh Guna Kad Kredit Atau Debit Selain TnG” – Anthony Loke Perkenal Sistem Pembayaran Terbuka Untuk ‘Public Transport’

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sedang mengusahakan sistem pembayaran terbuka untuk pengangkutan awam khususnya di bawah Prasarana Malaysia Bhd.

Memetik Bernama, pengguna boleh menggunakan kad bank kredit atau debit selain kad Touch n’ Go seperti kebiasaannya.

Advertisement

Usaha itu bakal terlaksana dan tersedia dalam masa beberapa bulan lagi kerana pihak terbabit perlu mengambil masa untuk mengintegrasikan pembayaran buat kemudahan pengguna.

Perkara itu dimaklumkan Anthony bagi mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memetik isu monopoli Touch ‘n Go yang dilihat tidak mempunyai kemajuan meyakinkan sehingga ke hari ini.

Kad tng

Namun begitu, ini bukanlah bermakna sistem perkhidmatan Touch ‘n Go itu akan diberhentikan namun hanya penambahan pilihan buat pengguna yang merungut kerana tidak diberi pilihan dalam pembayaran ketika menggunakan lebuh raya dan juga sistem pengangkutan awam.

Sekadar info, sistem pengangkutan awam di bawah Prasarana termasuklah perkhidmatan bas, Transit Aliran Ringan (LRT) dan Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT).

road tax
2 years ago

"Tak Perlu Lekat Atau Pamer Cukai Jalan Pada Kenderaan Lagi" - Anthony Loke

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : BERNAMA

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...