“Boleh Geng Dengan Jofliam” – Hafiz Mahamad Cuba Masuk ‘Scene’ Buat Pizza, Tak Sangka Terima Pujian Ramai

Kehidupan

“Boleh Geng Dengan Jofliam” – Hafiz Mahamad Cuba Masuk ‘Scene’ Buat Pizza, Tak Sangka Terima Pujian Ramai

Usahawan popular, Hafiz Mahamad mengakui bahawa mempelajari cara membuat piza bukanlah sesuatu yang pernah dirancang dalam hidupnya, namun kini ia menjadi minat utamanya.

Menurut Hafiz, minat itu muncul secara spontan sekadar mengisi waktu lapang sebelum kembali sibuk dengan perancangan terkini syarikatnya, Ainaa Beauty.

Advertisement

Saya tengah ada masa lapang. Semua persiapan Ainaa Beauty dah siap. Saya bosan tak tahu nak buat apa, jadi saya belajar buat piza.

Saya pun tak tahu macam mana boleh viral. Saya tak pernah plan pun. Yang makan pun cuma staf saya dan ejen stokis. Diorang kongsi dekat media sosial… tiba-tiba je jadi macam ni (viral).

Dalam diam, Hafiz sebenarnya mengagumi lelaki yang mahir memasak, dan perasaan itu mendorongnya untuk mencuba walaupun tahu prosesnya mencabar.

Saya cemburu tengok lelaki yang pandai masak. Bagi saya, itu sangat manis. Dia dah kerja keras sejak dari dapur lagi. Jadi saya pun nak cuba. Mula-mula susah, tapi sebab saya nak sangat, saya start dengan piza dulu.

Bagi Hafiz, aktiviti memasak bukan sekadar hobi baharu tetapi juga sebagai satu cara untuk berkongsi rezeki. Malah, dia tidak bercadang menjadikan minat ini sebagai satu perniagaan buat masa ini.

Saya belum plan nak buka kafe ke apa. Tapi bila saya dah pandai shaping doh semua tu, saya akan mula serve. Tapi bukan buka order lagi, saya nak bagi FREE je dulu. Agama pun ajar, kalau nak pahala, beri orang makan. Jadi saya belajar masak pun dengan niat tu juga.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Engku sulwani berpelukan
3 hours ago

"Memalukan! Nak Cabar Siapa Ni?" - Aksi Mesra Pempengaruh Bertudung Dan Penyanyi Undang Kritikan Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak.com

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...