Baru-baru ini, dialog Shuib ketika berada di pentas Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4) mengundang rasa marah dalam kalangan netizen.
Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di aplikasi X, seorang individu mempertikai tindakan pelawak Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad itu kerana menjadikan isu PERKESO sebagai satu bahan jenaka.
Shuib ni dah la tak bayar caruman perkeso, boleh ek buat lawak macam ni. Tak malu ke? pic.twitter.com/riXLPXGWjy
— Bbie. (@twtbiy) November 18, 2024
Hantaran tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata mengecam tindakan pelawak itu.
Malah ada juga yang mengecam para penonton yang terhibur mendengar lawak itu kerana isu tersebut merupakan isu sensitif melibatkan kebajikan para pekerja.
Terdahulu, syarikat pengeluar air minuman, Bubblebee Sdn. Bhd. (Bubblebee) dijatuhi denda berjumlah RM17,500 oleh Mahkamah Majistret hari ini atas tujuh pertuduhan, termasuk kegagalan membayar caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).