Boleh Didenda Sehingga RM50,000 Dan Dipenjara, Berani Ke Netizen Nak Kecam Orang Lagi?

Kehidupan

Boleh Didenda Sehingga RM50,000 Dan Dipenjara, Berani Ke Netizen Nak Kecam Orang Lagi?

Umum sedia tahu netizen di Malaysia tidak pernah berhenti mengecam individu-individu di internet lebih-lebih lagi golongan ternama dan selebriti.

Ini membuatkan Malaysia mengungguli tempat ke-6 di dunia dan tangga ke-2 di asia dalam masalah buli siber pada tahun 2021.

Advertisement

Jadi persoalannya, adakah sebarang tindakan yang dikenakan terhadap individu-individu yang melakukan buli siber?

Sebenarnya, negara ini mempunyai akta berkaitan buli siber iaitu Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 di mana kandungan yang berniat jahat (mala fide) di internet dengan tujuan memprovokasi, mengancam atau menyalahguna boleh diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

 

 

Antara komen-komen provokasi yang ditinggalkan oleh pengguna media sosial

Seksyen 211:

Larangan terhadap pemberian kandungan jelik.

Seksyen 211(1) menerangkan tiada pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan atau orang lain menggunakan aplikasi kandungan, boleh memberi kandungan yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik dengan niat untuk mengacau, mendera, mengugut atau menganggu mana-mana pihak.

Seksyen 211(2) menyatakan hukuman yang boleh dikenakan terhadap pembuli siber.

1) Pembuli boleh didenda tidak melebihi RM50,000

2) Dipenjara tidak melebihi satu tahun, atau kedua-duanya sekali

3) Boleh didenda selanjutnya RM1000 setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Seksyen 233(3) iaitu di bawah akta yang sama memberitahu, mana-mana individu yang melakukan kesalahan Seksyen 233(1) dan 233(2) secara sedar menggunakan perkhidmatan aplikasi dengan menghantar komen lucah atau dengan niat menganggu orang lain secara terus atau berulang kali boleh didenda;

1) Tidak melebihi RM50,000

2) Atau penjara tidak melebihi satu tahun, atau kedua-duanya sekali

3) Denda selanjutnya RM1000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan

Buli siber yang mempunyai unsur fitnah juga boleh didakwa di bawah Seksyen 499 di bawah Penal Code serta boleh dipenjara sehingga 2 tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

 

Leona goreng telur
2 years ago

"J*lake Berhenti Jadi Perempuanlah!" - Gembira Berjaya Goreng Telur, Ramai 'Bitter' Dengan Leona?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : dagangnews

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...