Mungkin masih ramai ibu bapa yang memandang remeh atau mengambil ringan tentang kepentingan mengasingkan tempat tidur dengan anak mereka.
Seawal usia 2 tahun kita sudah boleh mula ajar anak dan maklumkan pada anak-anak bahawa perlu tidur tanpa ibu bapa bila sudah besar. Ianya bagi menjaga privasi selain untuk mengelak terdedahnya aurat ibu bapa kepada anak.
Menerusi perkongsian moderator Akhi Fairuz Al-Jengkawi di Facebook, bukan sahaja aurat tetapi juga ibu bapa perlu pastikan anak-anak tidak mengalami kesan trauma disebabkan hal-hal ‘dalam selimut’.
Trauma melihat hubungan seksual yang dilakukan ibu bapa mereka di depan mata, tak kurang juga mendengar suara-suara ghairah itu.”
Katanya, menerusi TikTok ramai individu mengaku trauma selepas terlihat ibu dan bapa mereka melakukan hubungan seksual di depan mata.
Menakutkan! Semuanya hadapi pengalaman yang sama. Curi-curi dengar, pura-pura tidur, tetap terdengar walau telah cuba tidur, macam-macam!”
Melalui ruangan komen di TikTok, ramai berkongsi pengalaman masing-masing di zaman kanak-kanak yang membuatkan mereka trauma. Ada yang mengaku terpaksa pura-pura tidur atau tidur sambil mendengar muzik, hanya kerana mahu elak daripada terdengar suara-suara tidak sepatutnya.
Menurut Akhi Fairuz lagi, agama Islam sangat menitik beratkan soal pengasingan tempat tidur ibu bapa dan anak-anak serta terdapat panduan yang boleh dirujuk.
Ujarnya, anak perlu meminta izin untuk masuk ke bilik ibu bapa pada tiga waktu iaitu sebelum subuh, tengah hari dan selepas isyak untuk menjaga pandangan mata.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.