Boleh ‘Berbelanja Besar’ Di Malaysia, Tapi Tokoh Usahawan Dedah Rakyat Singapura ‘Sesak’ Di Negara Sendiri

Travel

Boleh ‘Berbelanja Besar’ Di Malaysia, Tapi Tokoh Usahawan Dedah Rakyat Singapura ‘Sesak’ Di Negara Sendiri

Sedia maklum, rakyat Singapura kebanyakannya akan berbelanja di Malaysia kerana merasakan barang di negara ini lebih murah jika hendak dibandingkan di sana.

Rakyat Singapura boleh ‘berbelanja besar’ di Malaysia tapi..

Disebabkan perkara itu, ia membolehkan rakyat Singapura berbelanja serta mempunyai gaya hidup lebih mewah dan menjimatkan tanpa perlu mengurangkan kualiti barangan yang diperoleh di Malaysia.

Advertisement

Namun, tokoh usahawan Singapura iaitu Tan Kian Liah mempunyai pandangan yang berbeza, di mana dia merasakan biarpun rakyat Singapura boleh ‘berbelanja besar’ di Malaysia, tetapi mereka perlu berbelanja besar di negara sendiri untuk keperluan asas.

Ramai rakyat Singapura beranggapan bahawa mereka lebih baik daripada rakyat Malaysia kerana mereka mendapat lebih tiga kali ganda daripada ringgit Malaysia. Mereka terlepas pandang satu perkara penting kos perumahan dan kereta persendirian di Singapura adalah sangat tinggi.

Kos perumahan dan kereta persendirian di Malaysia lebih murah berbanding Singapura

Katanya lagi, kos perumahan dan kereta persendirian di Malaysia jauh lebih rendah, di mana itu bermakna rakyat Malaysia mempunyai pendapatan lebih tinggi jika mahu membeli makanan.

Setelah mengambil kira pendapatan boleh guna yang lebih rendah, rakyat Singapura mungkin menghadapi kesukaran untuk menampung kos makanan, sama seperti rakyat Malaysia yang bergelut dengan kenaikan harga barangan.

bercuti di maldives murah
4 hours ago

Ramai Ingat Maldives Untuk Orang Kaya Je, Sebenarnya Boleh Pergi Dengan Bajet 'Mesra Poket' Bawah RM1K!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...