“Boleh Bagi ‘Award’, ‘Influencer’ Paling ‘Kencing'” – Dah Banyak Kali Kantoi, Individu Dedah Modus Operandi Aisar Khaled Tipu ‘Followers’

Kehidupan

“Boleh Bagi ‘Award’, ‘Influencer’ Paling ‘Kencing'” – Dah Banyak Kali Kantoi, Individu Dedah Modus Operandi Aisar Khaled Tipu ‘Followers’

Perkongsian seorang individu di Facebook semalam mencuri perhatian warganet termasuklah di platform Twitter selepas dia membongkarkan modus operandi digunakan oleh kebanyakan TikTokers.

Menerusi hantaran itu, individu terbabit mengambil contoh TikToker muda yang juga merupakan seorang trader dikenali ramai, Aisar Khaled.

Advertisement

Katanya, Aisar mempunyai satu modus operandi ‘memancing’ pengikutnya yang kebanyakannya golongan anak muda dan Melayu, mengatakan dia mahu memberikan hadiah istimewa seperti motor, kereta atau wang tunai.

aisar

Tambahnya, ramai sudah tertipu dengan video dengan content yang dimuat naik oleh Aisar sebelum ini dan pemuda itu juga dikatakan sering menipu pengikutnya.

Bagi yang tidak faham, ini contoh taktik digunakan ramai TikToker:

Bagaimanapun, individu itu berkata hantaran asal dimuat naik olehnya telah dipadam oleh pihak Facebook dan mendakwa ia adalah angkara staf Aisar Khaled yang membuat laporan.

Namun, dia tidak berputus asa dan tetap memuat naik hantaran baru dan mengajak orang ramai untuk membuat laporan ‘fraud/scam’ ke atas video Aisar di TikTok.

Aisar Khaled ni aku boleh award kan dia influencer paling kencing dalam Malaysia. Dah banyak kali kantoi buat content bagi duit tapi menipu.

aisar khaled

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...