“Boleh Ada Media Sosial Tapi Tak Boleh Joget” – Rita Rudaini Kongsi Ciri Bakal Menantu Pilihan

Hiburan

“Boleh Ada Media Sosial Tapi Tak Boleh Joget” – Rita Rudaini Kongsi Ciri Bakal Menantu Pilihan

Pelakon Rita Rudaini berkongsi ciri-ciri menantu pilihan jika anak lelakinya ingin mendirikan rumah tangga kelak.

Rita Rudaini berkongsi ciri-ciri menantu pilihan

Ujar Rita, dia tidak suka wanita yang terlalu menonjolkan diri dan berkongsi di media sosial.

Advertisement

Mommy yang penting tak suka perempuan yang ada Instagram sebab mommy tak suka perempuan yang macam dia terlampau (berkongsi). Boleh ada media sosial tapi tak boleh macam budak-budak sekarang, joget-joget.

Ada orang ada media sosial tapi tunjuk pemandangan, dia tak tunjuk muka dia, dia tunjuk apa yang dipakai tapi tak tunjuk muka. Yang itu mommy restu.

Risau anak lelaki pikul tanggungjawab setelah bergelar suami orang

Jelas Rita, dia sedikit memilih kerana risaukan tanggungjawab yang bakal dipikul anak lelakinya setelah bergelar suami nanti.

Sebab anak saya lelaki tanggungjawab dia berat saya tak nak dia jadi seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab. Bukan senang nak jaga.

Pandai arah saja jangan pakai itu ini, jangan keluar tanpa saya. Sebelum tidur minta kebenaran bagi tahu nak tidur. Geram je. Yang perempuan pun ikut lah sebab cinta.

Sekadar info, Rita Rudaini pernah berkahwin dengan pemain bola Aidil Zafuan dan bercerai.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Adam Shahz nafi jual motosikal
7 months ago

"Fatin Minta RM3K Nafkah Anak, Sebelum Ni RM500" - Adam Shahz Nafi Jual Motosikal Sebab Terdesak Perlukan Duit

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...