Bojana Danilovic, Wanita Yang Hidupnya Serba Terbalik

Trending

Bojana Danilovic, Wanita Yang Hidupnya Serba Terbalik

Bojana Danilovic, seorang wanita Serbia berusia 28 tahun harus menjalani hidup dalam dunia yang serba terbalik. Sebabnya ialah Bojana Danilovic mempunyai kelainan pada otak yang membuat semuanya tampak terbalik di matanya.

Penyakit yang dihidapinya itu membuat Bojana harus membaca majalah secara terbalik, sehingga dia sering ditegur orang sekeliling.

Advertisement




Bojana yang kini bekerja di Dewan Bandar Uzice mengatakan yang keadaan ini wujud sejak dia lahir. Para pakar saraf di Institut Teknologi Massachusetts (MIT) dan Universiti Harvard mengatakan keadaan Bojana itu dipanggil “fenomena orientasi spatial”.

Para doktor pun tidak mengetahui apa sebab sebenar bagi penyakit tersebut. Namun apa yang pasti, Bojana sebenarnya melihat segalanya dengan normal. Hanya otaknya saja yang menolak dan menggantinya menjadi terbalik.

Keanehannya itu pada awalnya dirasakan oleh ibu bapa Bojana. Mereka lihat Bojana merangkak dan jalan berundur semasa masih bayi. Namun berkat latihan intensif akhirnya Bojana sekarang sudah boleh berjalan ke hadapan. Tetapi untuk hal-hal lain, dia harus menterbalikkan benda-benda untuk menjalankan aktiviti sehari-hari, misalnya televisyen yang ditontonnya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. KiD

    March 27, 2013 at 9:11 am

    menaip di keyboard pun terbalik… huiyooooooo… update blog

Loading...