Boikotlah Barangan Buatan China, Kerana Umat Islam Uighur Dilarang Berpuasa!

Kehidupan

Boikotlah Barangan Buatan China, Kerana Umat Islam Uighur Dilarang Berpuasa!

Bulan yang penuh keberkatan akan datang bertemu semua umat Islam pada Isnin ini. Kedatangan Ramadhan ditunggu oleh semua umat Islam untuk melakukan ibadah sepanjang bulan ini dari terbit matahari hinggalah terbenam matahari pada bulan ini dengan penuh keinsafan.

Pada bulan ini juga, semua pekerja dibenarkan untuk pulang ke rumah awal untuk menyediakan juadah berbuka puasa dan bersiap sedia untuk bertarawih. Bersyukur sangat anda dilahirkan di Malaysia negara yang bebas mengamalkan semua ajaran agama.

Advertisement

Sedangkan saudara Islam kita di China menghukum semua umat Islam Uighur berpuasa walaupun mengetahui itu adalah tuntutan wajib agama tersebut.

Kumpulan Hak Asasi Manusia dan Organisasi Islam mendesak umat Islam Amerika Syarikat untuk memboikot produk yang dibuat di China kerana menghalang serta menghukum umat Islam untuk berpuasa di bulan Ramadhan.

Menurut Hena Zuberi, pengarah kepada organinasi yang membantu melaksanankan kempen “Fast From China”.

Ramai orang berkata bahawa mereka tidak boleh memboikot China, segalanya diperbuat dari China.

Menurut Hena, kempen itu dijalankan oleh mereka pada pada bulan ini, malah mereka bersemangat untuk menjalani ibadah puasa yang akan datang.

Kempen ini dilancarkan pada 19 April bertujuan untuk memastikan umat Islam memikirkan semula keputusan untuk membeli barang-barang yang berlabel “Made In China”.

Dengan kempen ini mereka berharap akan dapat mengubah persepsi berkenaan produk dari negara terbabit dan mengantikannya dengan produk lain.

Sememangnya penting bagi rakyat Amerika untuk mendapatkan manfaat dari hubungan perniagaan namum adalah lebih penting untuk mereka membuka fikiran mereka terhadap kebebasan beragama, hak asasi manusia dan proses undang-undang yang sewajarnya.

Ramadan adalah masa untuk kita tingkatkan kesedaran kita terhadap isu ini. Rasa lapar akan mengingatkan kita tentang erti kemanusiaan.

Sejak 3 tahun lepas, kerajaan China telah memaksa masyarakat minoriti Muslim Uighur di Wilayah Xinjiang untuk tidak berpuasa yang diwajibkan dalam agama Islam.

Laporan dari Xianjang, pihak berkuasa mengharamkan restoran ditutup pada bulan itu dan mengharamkan pekerja, pelajar dan wanita daripada berpuasa dan juga berdoa.

Apa yang lebih teruk lagi, pegawai kerajaan dari China sering menghantar makanan dan minuman untuk orang Islam di sana. Sesiapa yang tidak hadir dan makan dianggap melanggar perintah mereka.

Dalam kem tahanan mereka, umat Islam dipaksa makan daging babi dan minum alcohol walaupun haram disisi Islam.

Pemimpin di seluruh dunia hanya berdiam diri tanpa mengambil tindakan kepada umat Islam Uighur.

Sama-sama kita doakan agar umat Islam Uighur dapat melaksanakan ibadah berpuasa pada bulan Ramadhan kali ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...