“Bohong Semua Tu”- Sukarelawan Rumah Bonda Nafi Dakwaan Bella Agresif

Trending

“Bohong Semua Tu”- Sukarelawan Rumah Bonda Nafi Dakwaan Bella Agresif

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila remaja Sindrom Down berusia 13 tahun, Bella, ditemui dalam keadaan menyayat hati dipercayai akibat didera. Bersimpati dengan nasib yang menimpa anak syurga ini, orang ramai menggesa pelaku dijatuhkan hukuman sewajarnya.

Terbaru, Harian Metro melaporkan melalui perintah mahkamah yang dikeluarkan pada 5 Julai lalu, Rumah Bonda dilucutkan hak penjagaan ke atas enam kanak-kanak termasuk Bella. Kesemua kanak-kanak berkenaan kini diberi penempatan di bawah pusat kebajikan kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Advertisement
justiceforbella

Foto: Harian Metro/Hairul Anuar Rahim

Malah, rumah jagaan yang didapati beroperasi secara haram sejak 2019 dan tidak berdaftar dengan JKM itu telah dikenakan tindakan sita. Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 16A(1) Akta Pusat Jagaan 1993 (Akta 506).

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Lumpur, Che Samsuzuki Che Noh berkata, hasil siasatan mendapati hanya Bella mempunyai kesan dera sementara yang lain tiada. Jelasnya lagi, wanita berusia 28 tahun tersebut dalam pengakuan kepada JKM mendakwa Bella sukar mendengar kata dan degil.

Dia mendakwa Bella kerap mengacau adik yang lain dan kesan parut pada tangan kanak-kanak itu akibat tumpahan air panas, selain Bella didakwa akan mengopek keruping luka dan menyebabkan ia sukar sembuh.

Ketika ditanya mengapa Bella tidak menerima rawatan, wanita itu menjawab bimbang dia akan dituduh mendera jika membawanya ke hospital.

Menjawab itu wanita berkenaan dakwa dia bimbang dituduh mendera jika membawa Bella ke hospital. Bagaimanapun, kita sudah serahkan kes ini kepada polis untuk siasatan lanjut berikutan terdapat kesan luka lama dan baharu.

Di Facebook, guru yang terkenal dengan aktiviti kebajikan, Mohd Fadli Salleh berkongsi luahan hati sukarelawan Rumah Bonda (Mummy) yang sempat menjaga Bella selama empat bulan. Bella yang dia kenal adalah seorang yang ceria dan penyayang. Dakwaan Bella agresif, sukar dikawal dan suka sakitkan diri adalah tidak masuk akal.

Bella Rumah Bonda

Sumber: Mohd Fadli Salleh

Kata Mummy lagi, Bella seorang yang sukakan kanak-kanak kecil dan akan menjaganya dengan penuh kasih sayang. Bella akan membancuh susu dan menepuk bayi sehingga tidur.

Bella didera

Sumber: Mohd Fadli Salleh

Katanya lagi, sesiapa yang mengenali Bella pasti akan menafikan dakwaan karut tersebut. Beliau menggesa tindakan sewajarnya diambil demi menuntut keadilan kepada kanak-kanak tidak berdosa ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...