‘Body Shaming’ Pelanggan Berat 90Kg, Live Host Qiszar Diberhentikan Serta Merta

Kehidupan

‘Body Shaming’ Pelanggan Berat 90Kg, Live Host Qiszar Diberhentikan Serta Merta

Jenama fesyen terkemuka, Qiszar tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas tular satu kontroversi melibatkan seorang ‘live host’ TikTok yang berkhidmat dengan mereka.

Melalui kenyataan rasmi di platform Threads, pihak Qiszar menjelaskan bahawa mereka telah mengambil tindakan segera sejurus dimaklumkan mengenai insiden berkenaan kepada pengurusan.

Advertisement

Menurut kenyataan itu, individu yang mengendalikan siaran langsung tersebut telah diberhentikan serta-merta kerana tindakannya tidak menggambarkan nilai serta etika yang dijunjung oleh syarikat.

Kami memohon maaf atas apa yang berlaku ketika sesi siaran langsung. Kami telah menerima maklum balas anda dan tindakan segera telah diambil.

Live host terlibat telah dibuang kerja kerana tingkah lakunya tidak dapat diterima dan tidak mewakili nilai Qiszar.

Apa yang berlaku jelas bertentangan dengan etika kami. Kami sudah bertahun-tahun menjalankan sesi live dengan penuh rasa hormat dan profesionalisme.

Dalam kenyataan yang sama, Qiszar menegaskan komitmen mereka dalam menghormati wanita daripada pelbagai bentuk tubuh dan latar belakang.

Mereka turut menghargai masyarakat yang menegur serta mengangkat isu berkenaan, dan memberi jaminan bahawa penambahbaikan akan terus dibuat bagi mengelakkan perkara serupa berulang.

qiszar apology

Sebelum ini, seorang pengguna media sosial memuat naik rakaman video yang memaparkan situasi semasa sesi siaran langsung tersebut.

Dalam video berkenaan, seorang penonton bertanya mengenai saiz pakaian yang sesuai bagi individu seberat 90kg, namun live host itu dilihat memberikan respons secara sinis sambil ketawa.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-12-02 09:59:36

Prince Syed 'Live' Jilat Lantai, Rupa-Rupanya Ini Yang Terjadi - "Bila Saya Tersedar..."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...