July 4th, 2020

Pelakon Nonny Nadirah yang dahulunya merupakan artis kelahiran rancangan realiti TV Akademi Fantasia baru-baru ini telah meluahkan rasa terpendam dalam hatinya apabila ada segelintir pihak seolah-olah berasa iri hati terhadap dirinya yang kini sedang menikmati bahagia.

Nonny yang dahulunya pernah berkahwin namun telah bercerai kini dikatakan sedang mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon Niezam Zaidi.

Dia yang meluahkan rasa kesal melalui laman instagram peribadi miliknya itu menulis panjang lebar mengenai mereka yang cuba mengecam, menjatuhkan serta memfitnahnya.

View this post on Instagram

Hadapi dgn tenang dan senyum tak perlu kata apa2. . Dibentangkan karpet merah bg mereka semua yg ingin mengecam, memfitnah dan menjatuhkan. . Terima kasih kerana telah memenuhkan saham akhirat sy. . Semoga kita semua diberikan taufik dan hidayah. beringatlah. kena sentiasa ingat. Fitnah dunia akhir zaman,benda yg tak ada boleh di ada kan. . Korang iri bila tgk aku happy, mulalah kecam fitnah sana sini, bila iri hati telah menguasai diri, bimbang nanti korang yg dapat penyakit hati. . Tiada siapa yg inginkan penceraian. Bodohnya aku seorang yg dulu titlenya bujang pastu kawin pastu cerai semata2 utk dapat title janda. . Semua org boleh jadi baik. Tapi sy xnk yg baik je,sy nak yg bertanggungjawab. Kpd korg yg belum ada experience dlm hal rumahtangga baik senyap kumpul ilmu byk2 mcm mana nak kenal & syg pasangan korang. yg dah kawin ofcoz faham dgn apa yg sy maksudkan. . Gentle aku ckp,dlm solat aku sentiasa doa : “Ya Allah aku serahkan segala urusan perasaanku kpdMu Ya Allah dan aku serahkan segala urusan kehidupanku kpdMu Ya Allah utk Kau aturkan buat diriku sesungguhnya aku tidak ada daya upaya selain dari pertolonganMu Ya Allah sesungguhnya Engkaulah yg maha mengatur.” ? Jodoh ajal maut kat tangan tuhan. Kehidupan harus diteruskan. Tentang jodoh?.. itu semua rahsia Allah. Ada jodoh Alhamdulillah. Takde Jodoh tetap Alhamdulillah. Sentiasa sangka baik dgn Allah dan juga sesama manusia. Aku dah puas merasa sakit jadi org nak buat apepun aku dah takde rasa apa2. Jadi buatlah sesuka hati kamu, semoga Allah sentiasa melindungi kamu.. Ajar diri simpan niat dlm hati menyayangi sesuatu atau seseorang itu demi krn Allah nescaya kamu akan bahagia dunia dan akhirat. Percaya pada janji Allah. ?

A post shared by ? Nonny Nadirah ? (@nonnynadirah) on

“Terima kasih kerana telah memenuhkan saham akhirat saya. Semoga kita semua diberikan taufik dan hidayah. Fitnah dunia akhir zama, benda yang tak ada boleh di adakan,”

Menurut kapsyennya, ada yang tidak senang duduk melihat dirinya yang kini bahagia malah menyebarkan fitnah di sana sini.

Baginya lagi, merupakan suatu perbuatan bodoh jikalau dia berkahwin kemudiannya bercerai hanya semata-mata ingin mendapatkan status janda.

View this post on Instagram

Jauh sangat tu… patah balik. . . You made my day. ???? Hilang segala kekusutan. . Bila kita suka buat orang happy, Allah akan ganti dgn menghappykan kita balik. What u give,u get back.. . Trust the power of Allah swt.? #ijustwanttobehappy #happilyeverafteroneday #thankyouallahforeverything

A post shared by ? Nonny Nadirah ? (@nonnynadirah) on

“Tiada siapa yang inginkan penceraian. Bodohnya aku seorang yang dulu titlenya bujang lepas tu kahwin, lepas tu cerai semata-mata untuk dapat title janda,”

Menulis panjang lebar, Nonny juga sempat berpesan kepada orang ramai di luar sana supaya sentiasa bersangka baik dengan Allah dan juga manusia.

Menyentuh mengenai isu jodoh dan rumah tangga, dia memesan kepada mereka di luar sana yang belum mempunyai pengalaman dalam rumah tangga supaya menyiapkan diri dan mengumpul ilmu sebanyak yang boleh.

Mengimbas kembali, Nonny yang sebelum ini pernah berkahwin dengan Mustain Adnan namun telah bertemu titik noktah dalam perkahwinan mereka dan bercerai hanya setelah tidak sampai setahun hidup berumah tangga.


One response to “Bodoh Kalau Kahwin Kemudian Cerai Semata-Mata Nak Jadi Janda, Nonny Nadirah Tenang Hadapi Fitnah Netizen”

  1. Anonymous says:

    Belum kawin lagi, tapi bergambar berdua macam tu, macam mane tak timbul fitnah, Kate dah berhijrah ape ke benda macam ni

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...