Pelakon Nonny Nadirah yang dahulunya merupakan artis kelahiran rancangan realiti TV Akademi Fantasia baru-baru ini telah meluahkan rasa terpendam dalam hatinya apabila ada segelintir pihak seolah-olah berasa iri hati terhadap dirinya yang kini sedang menikmati bahagia.
Nonny yang dahulunya pernah berkahwin namun telah bercerai kini dikatakan sedang mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon Niezam Zaidi.
Dia yang meluahkan rasa kesal melalui laman instagram peribadi miliknya itu menulis panjang lebar mengenai mereka yang cuba mengecam, menjatuhkan serta memfitnahnya.
“Terima kasih kerana telah memenuhkan saham akhirat saya. Semoga kita semua diberikan taufik dan hidayah. Fitnah dunia akhir zama, benda yang tak ada boleh di adakan,”
Menurut kapsyennya, ada yang tidak senang duduk melihat dirinya yang kini bahagia malah menyebarkan fitnah di sana sini.
Baginya lagi, merupakan suatu perbuatan bodoh jikalau dia berkahwin kemudiannya bercerai hanya semata-mata ingin mendapatkan status janda.
“Tiada siapa yang inginkan penceraian. Bodohnya aku seorang yang dulu titlenya bujang lepas tu kahwin, lepas tu cerai semata-mata untuk dapat title janda,”
Menulis panjang lebar, Nonny juga sempat berpesan kepada orang ramai di luar sana supaya sentiasa bersangka baik dengan Allah dan juga manusia.
Menyentuh mengenai isu jodoh dan rumah tangga, dia memesan kepada mereka di luar sana yang belum mempunyai pengalaman dalam rumah tangga supaya menyiapkan diri dan mengumpul ilmu sebanyak yang boleh.
Mengimbas kembali, Nonny yang sebelum ini pernah berkahwin dengan Mustain Adnan namun telah bertemu titik noktah dalam perkahwinan mereka dan bercerai hanya setelah tidak sampai setahun hidup berumah tangga.