Usahawan yang kini menetap di Australia, Sajat baru-baru ini mengundang kritikan selepas memuat naik video mempamerkan dirinya menjadi ‘showgirl‘ di negara itu.
Perkara itu meraih perhatian pengarah drama, Michael Ang yang turut memberikan pendapatnya tentang hal tersebut dan berkata Sajat bekerja sebagai ‘showgirl‘ adalah lebih baik daripada dia menjadi scammer atau menjual produk ‘haprak’.
Meskipun telah menyatakan dia tidak menyokong Sajat, namun apa yang dikatakan Michael itu menerima kritikan sesetengah pihak.
Terbaru, Michael telah memuat naik video di Instagram menyelar mereka yang mengkritiknya itu dan melabel segelintir individu ini ‘acah acah alim’.
Showgirl tu menari, miming nyanyi je bukannya telanjang, dibuka (pakaian), ditunjuk aurat. Tapi kalau you nak kata menari di atas pentas itu haram, ramai lagi penari-penari di tv itu semua haram. Bangang! Bodoh punya netizen!”
Dalam masa sama, sesetengah netizen menegur Michael dan berkata perkara yang salah atau haram tetap kekal begitu selain menasihatinya untuk menerima kritikan atau teguran.
Namun, sesetengah pihak bersetuju dan faham dengan apa yang cuba disampaikan oleh Michael melalui penjelasannya itu.