Bocey Mencuit Hati Dalam Filem Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa

Hiburan

Bocey Mencuit Hati Dalam Filem Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa

Memang Abang Nara tak boleh nak berhenti ketawa semasa menonton filem komedi ‘Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa’ terbitan Mangkin Prestij Sdn Bhd di tayangan perdana filem tersebut Isnin lepas. Mana tidaknya, dengan kehadiran pelakon utama iaitu Kumpulan Bocey, Yassin SYJ & Epy Kodiang, filem ini berjaya memikat hati para penonton dengan babak-babak yang tak tersangka suspen dan lucunya.

bocey

Advertisement

Filem ini kisahnya pasal 3 orang sahabat baik, Remy (Fad), Rudy (Achey) & Akhir (Abam) yang menyewa kat sebuah rumah milik Pak Osman Basah (Yassin SYJ). Dek kerana kesempitan hidup tinggal di bandar, mereka seringkali mengelat untuk membayar sewa rumah mereka sampaikan Pak Osman Basah terpaksa menyewa bilik rumah 3 sahabat ini kepada anak saudaranya, Saipol (Epy Kodiang)

bocey

Si Saipol pulak datang ke bandar semata-mata untuk berlumba haram tapi nasib tak baik, lepas balik je berlumba haram, Saipol dilanggar Akhir dan macam-macam perkara yang jadi menyebabkan ketiga-tiga sahabat ini mengalami pelbagai peristiwa lucu, seram & suspen.

Banyak part best-best yang digarap oleh pengarah terkenal, Hashim Rejab dalam filem ini. Sentuhan komedi bersahaja & situasi daripada pemenang tempat ketiga Maharaja Lawak Mega 2013, kumpulan Bocey bersama Yassin SYJ & Epy Kodiang nampaknya Berjaya membuatkan penonton tak berganjak dari tempat duduk mereka.

Awal-awal lagi para penonton yang menonton filem ini dah mula bergelak sakan dengan karenah Achey, diikuti oleh Fad & Abam. Part yang paling syok sekali ialah bila mereka cuba nak pastikan adakah Saipol masih hidup ataupun memang dah mati. Macam-macam cubaan kelakar yang dilakukan sampai hangus Saipol dibuatnya.

bocey

Filem ini dahpun memulakan tayangannya jadi kepada korang yang nak tonton filem yang mampu membuatkan korang tekan perut korang sebab senak, tonton la filem Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa. Tengok ‘trailer’ pun dah gelak tak ingat dah.

Jom ramai-ramai kita ke wayang.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...