April 21st, 2012

Terkejut ungka Abang Nara apabila melihat Twitter kira-kira jam 1 tengah hari tadi apabila nama Bob Kuman tiba-tiba tersenarai di dalam trending topic. Dengan segera Abang Nara menyedari yang ada manusia tidak bertanggungjawab menyebarkan berita kematian palsu Bob Kuman. Khabarnya berita palsu ini bermula di BBM dan meleret ke Facebook dan Twitter.

bob kuman tidak mati

Alhamdulillah umur Bob Kuman masih panjang dan seperti yang anda lihat di atas, sememangnya berita kematian tersebut adalah palsu. Maka Abang Nara berharap agar penyebaran berita ini dihentikan dengan segera. Malah Bob Kuman masih sempat membuat lawak di dalam video di bawah mengenai penyebaran berita kematiannya.

Semoga keadaan kesihatan Bob Kuman akan bertambah baik selepas ini. Sama-samalah kita doakan. Amin.


54 responses to “Bob Kuman Masih Hidup, Hentikan Penyebaran Berita Kematian Palsu”

  1. pingu says:

    lelaki ni reminds me of my ex hubby–> sloopy, fat, and pathetic. Oh ya, shahriza, if u r reading this ( i tau u peminat blog ni)–> mana duit nafkah anak, dah 3 bulan tak bayor?? sloppy fat big ugly ass.

  2. lina says:

    really, he’s still alive….????!!!!!!!!!

  3. amiey nurhanies says:

    salam…. ade tgk melodi smalam x… ( 21/04/2012) pasl komen apek teoh tntang byaran bob… pd pdngan sy, apek 2 agk kurng ajar… bila dia kta bob myuarakan tentng byaran pd pblisiti hnya utk mnta ‘SEDEKAH’ dgn dia….. ktanye bob mnganiayai dia.. dan tduh bob nk minta sedekah.. bg sy.. pktaan ‘sedekah’ tu sgt hina utk dia guna kn pd bob… mgkin dia kya.. tp dia lupe… tnpa pelakon ‘melayu’ yg mjyakan flem dia.. lom tntu ag dia brada pd thap skrng…. apepown ni hnya pdngan sy… mgkin bg klian ape yg apek ckp 2 ptut,.. tp bg sy, apek tu tlah ‘meyampah’ kan artis melayu yg x brape bjaya…. salam…..

    • Ros Putih.. says:

      Dalam hal ni hnya David Teo n Bob jer y tahu..x thu la y mana btl n y mana salah..tpi wat abg Bob klau leh tu tuko la nama..jgn la nama Bob KUMAN..kn x elok..skg kuman dh sebati kt bdn abg Bob..ap taknya..bukan satu org jer y panggil Bob Kuman..ramai kan..bukan ke cam satu doa juga..so..tukar la nama lain selepas abg Bob sht nti..bukan ap..ni sebagai peringatan sahaja..fikir2 kan la..

  4. apa2 aje says:

    saya rasa nama samaran bob tu kena tukar… panggilan itukan satu doa, jadi kalau panggil bob sahaja dah memadai atau pun tukar lah jadi bob sihat.. insya-Allah.

  5. Bob Bacteria says:

    Aku rasa Bob Kuman patut cuba pakai Premium Beautiful la. Aku tak pernah try tapi orang sibuk dok kata boleh kurus la, hilang penyakit la. Hahahaha.

Loading...