Terkejut ungka Abang Nara apabila melihat Twitter kira-kira jam 1 tengah hari tadi apabila nama Bob Kuman tiba-tiba tersenarai di dalam trending topic. Dengan segera Abang Nara menyedari yang ada manusia tidak bertanggungjawab menyebarkan berita kematian palsu Bob Kuman. Khabarnya berita palsu ini bermula di BBM dan meleret ke Facebook dan Twitter.
Alhamdulillah umur Bob Kuman masih panjang dan seperti yang anda lihat di atas, sememangnya berita kematian tersebut adalah palsu. Maka Abang Nara berharap agar penyebaran berita ini dihentikan dengan segera. Malah Bob Kuman masih sempat membuat lawak di dalam video di bawah mengenai penyebaran berita kematiannya.
Semoga keadaan kesihatan Bob Kuman akan bertambah baik selepas ini. Sama-samalah kita doakan. Amin.