BNM Pertimbang Klausa ‘No Look-Back’ Dalam Pelan MHIT Asas, Lindungi Hak Pesakit

Kehidupan

BNM Pertimbang Klausa ‘No Look-Back’ Dalam Pelan MHIT Asas, Lindungi Hak Pesakit

Bank Negara Malaysia (BNM) sedang mempertimbangkan satu klausa khas ‘no look-back’ dalam Pelan Insurans dan Takaful Perubatan dan Kesihatan (MHIT) Asas bagi meningkatkan perlindungan pengguna.

Gabenornya, Abdul Rasheed Ghaffour berkata, mekanisme itu akan memastikan syarikat insurans dan pengendali takaful tidak boleh lagi menolak tuntutan pesakit atas alasan penyakit sedia ada selepas tempoh perlindungan tertentu dipenuhi.

Advertisement

Insurans

“Bagi pemegang polisi, ini memberikan kepastian jangka panjang dan keyakinan perlindungan mereka akan terpelihara apabila mereka memerlukannya,” katanya.

Menurut beliau, pelan baharu ini direka agar lebih inklusif dan tidak seperti produk sedia ada yang kadangkala menolak tuntutan atas sebab teknikal.

Tambahnya, Pelan MHIT Asas turut menyasarkan golongan yang mempunyai penyakit sedia ada tetapi stabil, sekali gus memperluas akses kepada perlindungan kesihatan.

Namun, beliau menjelaskan bahawa industri insurans dan takaful perlu mengekalkan keseimbangan risiko bagi memastikan premium kekal mampu milik, memandangkan sistem sedia ada bergantung kepada pengumpulan dana daripada ramai pemegang polisi.

Dalam masa sama, BNM kini sedang memuktamadkan mekanisme tersebut bersama pakar perubatan dan pemain industri, termasuk aspek tempoh menunggu dan peraturan pengunderaitan.

BNM dijangka melaksanakan projek perintis Pelan MHIT Asas pada separuh kedua 2026 sebelum pelancaran penuh pada 2027, bagi menguji kesiapsiagaan sistem serta menilai sebarang penambahbaikan yang diperlukan. – Berita Harian

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

mara
2026-04-01 16:08:57

MARA Ambil Dua Anak Mangsa Nahas Pemandu Mabuk Sebagai Anak Angkat, Jamin Pendidikan Hingga Tamat Sekolah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...