BMW Tue Saya Beli Ngan Duit Sendiri La – Zizie Ezette

Hiburan

BMW Tue Saya Beli Ngan Duit Sendiri La – Zizie Ezette

zizie ezette

Ingatkan dah setel nikah ngan Bung Mokhtar setel la cerita pasal si Zizie Ezette nie. Rupanya makin banyak citer yang keluar. Terbaru ialah pasal kereta BMW dia. Nombor plat kereta dia WPY 2121 (ZIZI) tue. Memang cool. Tapi nak dijadikan ceritanya ramai la yang cakap kereta dia nie dibeli oleh Bung Mokhtar. Konon hadiah perkahwinan sebab sudi kawin ngan dia la kot.

Advertisement

Tapi Zizie Ezette membalas balik gosip-gosip liar tue semalam. Katanya dia memang dah tempah lama dah BMW tue. Cuma lepas kawin ngan Bung Mokhtar jer baru dapat. So itu yang orang ingatkan BMW tue dihadiahkan oleh Bung Mokhtar. Padahal tue guna duit titik peluh dia sendiri.

Sebenarnya kami tak kisah pun kalau Bung Mokhtar belikan BMW untuk dia. Apa salahnya seorang suami hadiahkan kereta kat isteri dia kan? Duit suami duit isteri gak. Duit isteri memang duit isteri jer. Suami takleh sentuh. Lagipun Bung Mokhtar kan kaya. Apa salahnya berhabis sikit duit dia yang puluh juta tue untuk isteri gebu.

Pesanan untuk Zizie, anda sepatutnya membuat kenyataan seberapa pantas yang boleh semasa gosip kawin anda keluar dulu. Sekarang nie macam manalah orang nak percaya anda beli BMW tue guna duit sendiri. Bab kawin pun taknak mengaku. Inikan pasal kereta.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...