Blogger Beli Kereta Mewah Secara Tunai Sebagai Hadiah Kepada Suami, Netizen Tumpang Terharu

Trending

Blogger Beli Kereta Mewah Secara Tunai Sebagai Hadiah Kepada Suami, Netizen Tumpang Terharu

Baru-baru ini seorang blogger menjadi sebutan ramai apabila membeli beg tangan berharga belasan ribu secara tunai.

epal

Advertisement

Dia yang dikenali sebagai Cik Epal terpaksa mendedahkan harga beg tersebut kerana sering ditanya oleh pengikutnya di Instagram mengenai harga beg tangan yang dipakainya.

Namun, beberapa hari yang lalu, dia sekali lagi menjadi bualan netizen apabila membuat kejutan kepada suaminya dengan menghadiahkan sebuah kereta mewah sempena hari jadi suaminya yang ke-30.

Kereta mewah Ford Mustang 5.0 GT itu dianggarkan bernilai RM340,000. Lebih mengejutkan netizen, ia dibeli secara tunai!

epal

Bagaimanapun, wanita yang bakal menyambut kelahiran bayi kedua itu tidak mendedahkan harga sebenar kenderaan tersebut.

Menurut Cik Epal, kereta tersebut antara kereta idaman suaminya dan dia pernah menyatakan hasrat untuk memiliki kenderaan itu dalam masa terdekat.

Rakaman detik-detik indah itu dikongsi oleh Cik Epal di Instagram. Rata-rata netizen turut terharu dan menjadikannya sebagai inspirasi untuk menghargai suami.

epal

Berkenaan tindakannya membeli secara tunai, jelas Cik Epal dia berbuat demikian kerana tidak mahu berhutang dan membayar faedah bank.

“Saya bayar cash sebab tak nak bayar faedah dan tidak mahu ada komitmen selain enggan mempunyai hutang.

“Sebab pembayaran cukai yang saya bayar itu dah memang boleh tampung untuk beli secara tunai,” katanya.

epal

Selain hadiah kereta, suaminya menerima kejutan berganda apabila Cik Epal turut mendedahkan mereka bakal menerima cahaya mata perempuan tidak lama lagi.

Sumber Berita: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...