Blackpink Pakai Seksi, Zizi Kirana Pula Kena Sindir

Hiburan

Blackpink Pakai Seksi, Zizi Kirana Pula Kena Sindir

Tidak pernah ingin mencari masalah dengan mana-mana pihak, penyanyi Zizi Kirana bengang apabila beliau dikaitkan dengan isu imej seksi kumpulan K-Pop popular, Blackpink yang mengadakan konsert di Malaysia hujung minggu lalu.

Advertisement

Zizi tidak faham mengapa peminat obses Blackpink tidak boleh menerima artis pujaan mereka itu dikecam sehingga namanya pula terkena tempiasnya.

Kenapa pula nama saya tiba-tiba kena diheret dalam perdebatan mengenai isu BLACKPINK pakai seksi?. Saya langsung tiada kaitan dan sebenarnya tak ambil tahu pun. Bagaimanapun, saya pelik apabila netizen sudah mula ‘tag’ atau memetik nama saya. Bukan satu dua, ramai pula tu.

Saya faham jika mereka terlalu obses terhadap idola. Tapi janganlah sampai heret nama saya yang tiada kaitan dalam hal ini.

Isu imej seksi Blackpink mula hangat diperkatakan selepas pelakon Abby Abadi menegur pemakaian skirt kumpulan tersebut terlalu pendek. Kenyataan Abby itu mendapat pelbagai reaksi peminat yang mempertahankan Blackpink tetapi mengaitkan pula dengan penampilan seksi pelakon dan penyanyi tempatan contohnya Zizi yang dikenali dengan gaya seksi dan dikatakan lebih berani daripada pakaian kumpulan itu.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...