Semua orang pun tau kisah Black berlaga pipi dengan Mas Idayu semasa diumumkan menang Vokal Terbaik AJL 24. Tup-tup semalam macam biasalah baca suratkhabar Bipop untuk tengok kot-kot ada gosip best nak diletakkan kat BeautifulNara. Bukak-bukak tengok ada cerita pasal Black yang bertajuk “Bukan Cium Cuma Laga Pipi”.
Kami pun bacalah. Baguslah Black mengaku kesilapan dia. Mintak maaf dan sebagainya. Sampai situ dah ok dah tapi tiba-tiba Black boleh plak pergi mengaku memang kalau jumpa Mas Idayu dia akan berlaga pipi. Ala, kalau orang biasa-biasa macam kita nie just salam-salam, tapi style artis rasanya memang laga-laga pipi nie kot. Why Black why? Kenapa engkau cerita apa yang kau buat kan belakang tabir? Macam bukak pekung di dada sendiri jer.
Yang peliknya Black siap cakap dia tau Islam mengharamkan berlaga pipi. Aik, kan dah tambah pelik tue. Kalau tau kenapa buat? Kami bukan nak kondem Black tapi kami rasa Black harus belajar bila nak berhenti bercakap. Jangan keluar statement yang karut marut nie. Cerita belakang tabir kalau tak elok janganlah cerita. Simpan buat pekasam je.
Tapi kami suka kenyataan Joyah dalam Pancaindera:
[note]Mudahnya artis kita ya. Buat silap minta maaf. Esok cium lagi, minta maaf lagi. Seolah-olah artis ni boleh dapat tiket untuk buat apa saja yang orang lain tak “lalu” hendak buat[/note]
Kami respek Joyah!!!