Black Hawk Down: “Hebat Juga Negara Kita Malaysia Ini Rupanya, Kita Saja Yang Tak Tahu!”

Trending

Black Hawk Down: “Hebat Juga Negara Kita Malaysia Ini Rupanya, Kita Saja Yang Tak Tahu!”

Asyik sembang tentang politik, tentang budak sekolah viral, mari kita sembang tentang tentera pula, tentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM), khususnya Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).

blackhawkTadi saya bersembang rakan-rakannya dengan sepupu rapat dari kampung, Mat Zuki Abdullah atau pun lebih dikenali sebagai Mael Chupeng di kalangan adik beradik. Saya rakan-rakannya dia nak tanya kisah “Black Hawk Down” di Somalia yang Hollywood buat filem tapi tak ada pun babak Tentera Malaysia pergi selamatkan tentera Amerika itu.

Advertisement


Saya ingat lagi waktu Mael dan rakan-rakannya, RAMD dari Kem Sungai Layar, Sungai Petani nak berangkat naik kapal terbang di Bayan Lepas ke Somalia, saya ada sekali hantar dia di lapangan terbang. Bila balik daripada misi di Somalia, macam-macam yang Mael cerita pada saya; antaranya ialah kisah keberanian rakan-rakannya dari pasukan ATM pergi selamatkan tentera Amerika yang terkepung selepas Black Hawk terhempas ditembak pemberontak Somalia.

Tadi saya telepon Mael nak sahkan sekali lagi ceritanya. Mael cerita:

Waktu tu dia dan kawan-kawan dia bertugas mengawal kawasan landasan kapal terbang di situ. Petang itu dia nampak ada roket ditembak naik ke atas, mulanya dia tak pasti apa yang berlaku.

Selepas tu baru dapat maklumat yang helikopter Black Hawk milik tentera Amerika yang ketika itu terlibat dalam operasi menangkap Jeneral Aidit, kepala perang Somalia itu kena tembak dan terhempas.

Pada mulanya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) hantar pasukan dari negara lain untuk pergi selamatkan tentera Amerika yang terkepung itu, tentera Pakistan kalau tak silap. Tetapi pasukan Pakistan tak lepas nak masuk sebab tembakan dan pelancaran roket bertalu-talu.

Akhirnya PBB minta bantuan dari pasukan tentera Malaysia.

Mael kata, selepas solat Maghrib dua kompeni tentera Malaysia bergerak masuk ke kawasan pasar Bakara atau apa entah namanya. Mael cerita tentera kita masuk ikut formasi (teknik peperangan) tertentu.

Maka berlaku pertempuran sengit dengan tentera pemberontak Somalia, dari Maghrib hingga ke subuh. Roket dan segala macam senjata api ditembak bertalu-talu.

Mael kata dia yang tak ikut serta kerana tugasan berbeza, dari jauh boleh nampak percikan cahaya ke langit dan bunyi senjata api berdentum-dentam, nampak macam orang main bunga api dan mercun malam raya.

Lepas Subuh baru reda, waktu itulah mereka pergi kutip mayat tentera Amerika dan selamatkan tentera-tentera Amerika yang terkepung. Mael kata kalau tentera kita tak pergi bertempur sepanjang malam itu, pasti tentera-tentera Amerika yang terkepung tu terbunuh. Hebatnya ATM, yang Hollywood cuba sembunyikan dari kita.

Sesekali seronok juga dengar cerita kisah kehebatan negara kita. Hidup ATM, Hidup Malaysia !

Mael sepupu saya ini pun dah lama pencen, dia cerita ada kawan-kawan dia yang turun perang malam itu sekarang dah pencen dan kerja jaga pam minyak di Sungai Petani. Mael kata nak buat macam mana, askar pencen macam itu sajalah kerjanya. Perwira negara tu…

Dalam gambar, Mael dalam jeep tentera Amerika. Mael kata itu gambar selepas kejadian Black Hawk Down, sebelum itu bukan kata nak naik, nak ambil gambar jeep mereka pun tentera Amerika tak beri, tetapi selepas kejadian, berduyun-duyun pegawai atasan tentera Amerika datang melawat kem Malaysia, ucap tahniah dan terima kasih bertalu-talu.

Hebat juga negara kita Malaysia ini rupanya, kita saja yang tak tahu!

Saja nak kongsi.

Terima kasih.

Sumber: Mohd Monier –amazingnara.com

132

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

1 Comment

  1. Shafik

    July 27, 2016 at 8:13 pm

    Bleh bg no phone mael tu tak?