Melalui laporan Mstar, penyanyi, Black Hanifah meluahkan dirinya berasa terkejut selepas pempengaruh dikenali sebagai CEO Batu terlibat dengan kes amang seksual bukan fizikal kepada seorang remaja perempuan berusia 14 tahun, Mei lalu.
Terkejut CEO Batu ditangkap atas dakwaan lakukan amang seksual
Namun begitu, Black Hanifah atau nama sebenarnya, Hanifah Muhammad Hanafiah berkata kes tersebut masih dalam siasatan dan menyerahkan segalanya kepada pihak berkuasa.
Ketika dapat tahu kes CEO Batu ini memang terkejut dan tak sangka perkara itu terjadi.
Dalam pada masa yang sama, sebagai seseorang yang pernah bekerjasama dengan CEO Batu, Black telah menganggap pempengaruh berkenaan seperti adik sendiri dan menyifatkan dia sebagai seorang yang baik.
View this post on Instagram
‘Dia sangat baik, jaga tutur katanya..’
Dia sangat menjaga tutur bahasa bila bercakap. Dia juga suka berterima kasih walaupun muka dia ganas.
Sempat meninggalkan nasihat, penyanyi tersebut meminta agar pempengaruh lain untuk tidak melibatkan diri daripada terlibat dengan aktiviti tidak bermoral kerana ia boleh memburuk kredibiliti sebagai seorang pempengaruh serta masa depan karier sendiri juga akan ‘gelap’.
Sekadar info, CEO Batu didakwa atas kesalahan melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 14 tahun tetapi influencer itu mengaku tidak bersalah.