Black Dedah Identiti Individu Yang Menghina Anaknya Beruk

Hiburan

Black Dedah Identiti Individu Yang Menghina Anaknya Beruk

Black Hanafiah sebelum ini telah membuat keputusan untuk menyaman seorang pengikutnya di Instagram kerana memanggil anaknya Khaleef Dayyan beruk, kini selepas beberapa siasatan dijalankan Black telah mendedahkan identiti sebenar individu berkenaan yang masih bergelar seorang pelajar universiti.

Pelajar lelaki tersebut telah digesa oleh Black untuk tampil membuat permohonan maaf secara terbuka sebelum tindakan selanjutnya diambil.

Advertisement

Sekarang ini saya sudah mengetahui identiti individu yang menghina anak saya dan dia sendiri pun sudah tahu siapa orang yang saya maksudkan selama ini. Jika dia masih berdegil untuk tidak membuat apa-apa permohonan maaf, tindakan undang-undang terhadapnya akan segera diambil.

Buat Black perkara ini adalah serius kerana ia melibatkan anaknya dan menganggap pelajar tersebut cuma ingin mendapatkan perhatian serta publisiti murahan.

Bagi saya ia adalah suatu perkara yang serius kerana ia melibatkan maruah anak saya. Individu terbabit cuma menginginkan publisiti murahan saja dan sekarang saya beri dia peluang untuk mendapat publisiti tersebut dengan membuat permohonan maaf secara terbuka.

Tujuan Black mendesak individu tersebut untuk membuat permohonan maaf secara terbuka adalah untuk memberi pengaaran kepada orang lain untuk tidak melakukan perkara yang sama pada masa hadapan.

Gunakan media sosial dengan baik dan jangan suka untuk memberikan komen yang buruk dan menghentam orang lain kerana anda tidak tahu situasi sebenar.

Sumber Berita: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...