“‘Bitter’, Jahanamkan Bisnes, Virus Kepada Masyarakat” – Suami Fatin Afeefa Kutuk Media Malaysia

Hiburan

“‘Bitter’, Jahanamkan Bisnes, Virus Kepada Masyarakat” – Suami Fatin Afeefa Kutuk Media Malaysia

Suami kepada Fatin Afeefa, Aliff Awang tampil meluahkan perasaan bengang dalam beberapa hantaran di Instagram Story miliknya.

Aliff atau lebih dikenali sebagai Opai itu pada mulanya telah membuka ‘kaunter’ permohonan maaf buat mereka yang ingin memohon maaf kepadanya.

Advertisement

“Kaunter maaf dibuka sekarang. Sertakan nama penuh & IC untuk saya ampunkan dosa fitnah dan cacian” tulisnya.

Malah, Opai ada menulis panjang lebar mengenai media Malaysia yang didakwa busuk hati dan ‘bitter’ terhadap dirinya dan isteri kerana tidak memberi kerjasama untuk membuat liputan pada hari pernikahannya tempoh hari.

Opai

 

Opai

Media Malaysia masih ‘bitter’ sehingga ke hari ini disebabkan oleh perkara tertentu. Mereka marah kerana saya tidak bagi kerjasama untuk membuat liputan mengenai hari perkahwinan saya.

Opai juga mendakwa media tempatan telah menjadi punca keretakan rumah tangga, menjahanamkan perniagaan, mengeksploitasi orang yang tidak bersalah serta membahagikan hubungan antara kaum.

Dia dilihat tegas menyatakan bahawa media adalah virus kepada masyarakat.

Sekadar info, Fatin Afeefa telah bergelar isteri kepada Aliff Awang dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup pada hujung tahun lalu.

Fatin pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013 sebelum bercerai pada Mei 2017.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ivy Herra Sophia.

Fatin Afeefa opai
2 years ago

Fatin Afeefa Kongsi Keadaan Opai Di Hospital, Katanya Kena Pukul Dengan 'Geng Honda'?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...