Usahawan dan pelawak terkenal, Shuib Sepahtu bersama rakannya, Mamat membuka perniagaan makanan dikenali sebagai Sepah Penyet sejak April lalu. Restoran itu turut mencuri perhatian kerana menggabungkan jenama popular “Sepah” dengan menu kegemaran ramai, ayam penyet.
Namun, di sebalik sambutan hangat pada awal pembukaannya, muncul pula komen-komen di Threads daripada pelanggan yang mendakwa rasa hidangan di Sepah Penyet tidak menepati jangkaan.
Ada yang secara terbuka menulis bahawa ayam penyet yang dihidangkan “kurang rasa”, malah ada juga yang membandingkan dengan restoran ayam penyet lain yang lebih popular.
Walau bagaimanapun, masih ramai juga yang tampil mempertahankan perniagaan tersebut. Ada yang mengatakan rasa makanan itu sedap dan berbaloi dengan harga, selain memuji suasana restoran yang selesa.
Sehingga kini, Shuib dan Mamat belum memberi sebarang komen balas mengenai kritikan tersebut.