Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Bising Dan Bingit Atas Permintaan Pihak Produksi Agar Program Tidak Membosankan – Achey

Dikritik bingit, bising dan membuat lawak hambar, pelawak Achey memberitahu beliau cuma memenuhi permintaan pihak produksi Gema Gegar Vaganza untuk mengacarakan program tersebut dengan caranya tersendiri. Pernah beliau hendak merendahkan suaranya ketika mengacara tetapi pihak produksi menegur beliau kerana tidak mahu program tersebut membosankan.

Advertisement

Saya dipilih untuk mengacarakan program itu adalah untuk menghiburkan dengan cara saya. Pihak produksi minta saya menjadi diri saya sendiri ketika berada di atas pentas. Pada awalnya iaitu segmen pertama, saya cuba untuk merendahkan suara tapi ditegur pihak produksi kerana tidak mahu program itu terlalu mendatar.

Saya tahu akan dikritik kerana ketika menerima tawaran ini sahaja isteri saya bertanya sama ada saya benar-benar mahu menerima atau tidak. Dia tahu cara saya mengacara yang bising dan bingit itu tidak sesuai dengan program keagamaan, namun pihak Astro pula mahu kelainan dalam program tersebut. Tidak mengapalah, saya tidak boleh memuaskan hati semua orang.

Berbicara mengenai panggilan nama kau dan aku ketika berinteraksi bersama peserta yang dianggap kurang ajar oleh sesetengah netizen, Achey menjelaskan dengan cara itu beliau dapat membuatkan penyanyi yang bertanding tidak terlalu gementar ataupun merasa tertekan.

Saya dan peserta memang rapat dan mereka sendiri tidak mahu saya memanggil mereka dengan ganti nama awak atau abang. Lagi pula bila saya penggil dengan cara itu mereka akan rasa selesa dan tidak gementar. Saya tidak rasa ia bukan bahasa kasar kerana dalam setiap doa juga kita gunakan ganti nama aku dan kau agar ia rasa lebih dekat dengan Allah.

Bak kata Achey beliau tidak mampu untuk memuaskan hati orang lain dan apa yang beliau lakukan atas kehendak pihak produksi juga.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top