Dua minggu bersiaran, program Gema Gegar Vaganza sudah mempunyai jumlah peminatnya tersendiri dan mendapat sambutan yang baik daripada penonton sehingga ada yang merasa sayu melihat persembahan peserta yang penuh dengan mesej tersirat dan kerohanian.
Namun, disebalik kemeriahan GGV, ada sesetengah netizen yang kurang gemar dengan cara pengacaraan Achey. Untuk makluman anda, Fikri Lawak Solo dan Siti Nordiana turut menjadi pengacara GGV.
Rata-rata netizen agak rimas dan “meluat” dengan Achey kerana terlalu bising, bingit dan membuat lawak hambar ketika mengacarakan program tersebut.
Harapnya Achey dapat menerima teguran ini dengan baik. Jangan risau, masih ada ruang sebenarnya untuk beliau memperbaiki cara beliau mengacara. Kita tunggu minggu hadapan bagaimana. Bukan mudah untuk berdiri di atas pentas dan cuba untuk memeriahkan suasana sesebuah program.