Tular sejak beberapa hari ini mengenai sambutan hari lahir anak-anak Bella Astillah dan Aliff Aziz iaitu Ara Adreanna dan juga Ayden Adrean.
Meninjau ruangan media sosial ibu kepada adik beradik comel itu, sambutan yang diadakan Bella Astillah sungguh luar biasa dan turut dihadiri Syed Saddiq dan keluarga.
Malah, tarikh bermakna anak-anak penyanyi terkenal itu turut diingati ibu Aliff Aziz meskipun terdapat konflik kekeluargaan di ambang perceraian pasangan itu sebelum ini.
Namun, meninjau ke laman media sosial Aliff Aziz, tiada sebarang ucapan ataupun penghargaan aktor Singapura itu kepada kedua-dua anaknya.
Malah, ada juga pengikut media sosial Aliff Aziz yang bertanyakan sama ada Aliff tidak menyambut kelahiran cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama Bella itu sebelum ini.
Sudah agak lama tidak mengemas kini perkembangan terbaru, pastinya ramai yang menantikan ucapan teristimewa Aliff Aziz kepada Ayden dan juga Ara.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.