Pelakon Izreen Azminda mendakwa bekas isteri suaminya, Ude Wahid meroyan dan berhalusinasi bahawa dia melakukan provokasi terhadapnya.
Menerusi Instagram, aktres tersebut melepaskan kemarahan dan turut menampilkan bukti bahawa wanita itu, Intan Saleh yang sebaliknya membuat provokasi.
Selain berkata kes mahkamah di antara mereka berlarutan disebabkan Intan tidak memberikan kerjasama penuh, Izreen turut berkata dia sering menagih simpati orang ramai.
Aku rasa cukup dah setakat ni. Aku diam selama ni sebab aku taat permintaan Ude sebagai suami. Tapi kau tak habis habis provoke. Spin cakap kena kacau dengan aku padahal memang kau meroyan.
Bukan itu sahaja, lebih mengejutkan apabila pelakon berusia 38 tahun tersebut turut mendedahkan bahawa biras Intan pernah membuka cerita tentangnya.
Biras yang dikatakan toksik itu akan berbaik dengan Izreen jika dia berbalah dengannya dan pernah bercerita kepada aktres tersebut bahawa Intan mempunyai hubungan dengan suami orang lain.
Malah, wanita tersebut juga didakwa berulang kali berkata kepada Izreen bahawa ibu Ude berdoa agar anaknya berkahwin dengan orang lain kerana meluat dengan perangai Intan.
Kerana mulut biras macam ni jugak lah aku boleh tahu kau pernah menyondol suami orang masa kes aku tengah panas lagi.