Biodata Ringkas Ismail Sabri Perdana Menteri Ke-9

Kehidupan

Biodata Ringkas Ismail Sabri Perdana Menteri Ke-9

Tahniah Malaysia setelah hari ini rasmilah sudah pentabalan Perdana Menteri Malaysia ke-9 selepas Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob selesai mengangkat sumpah di Istana Negara. Keputusan ini diputuskan Agong selepas mengesahkan sokongan 114 Ahli Dewan Rakyat kepada Ismail Sabri.

3 years ago

Agong Perkenan Ismail Sabri Perdana Menteri Ke-9

Advertisement

Ismail Sabri yang sebelum ini baru sahaja menyandang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri di bawah pimpinan Muhyiddin Yassin nampaknya bakal meneruskan perjuangan negara yang menfokuskan memerangi pandemik Covid-19. Jadi siapakah Ismail Sabri sebenarnya dan adakah beliau bersedia untuk menyandang jawatan tertinggi negara ini?

Jom kami kongsikan sedikit biodata ringkas dan perjalanan Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob:

Anak jati Temerloh, Pahang

ismail sabri

Beliau dilahirkan di Temerloh, Pahang pada 18 Januari 1960 dan mendapat pendidikan pertama di Sekolah Kebangsaaan Bangau. Kemudian beliau berjaya memasuki Sekolah Menengah Teknik Kuantan dan menyambung pengajian Tingkatan Enam di Jaya Akademik.

Selepas mendapat keputusan yang cemerlang, beliau berjaya menyambung pengajian di Universiti Malaya dalam bidang undang-undang. Menariknya, tajuk tesis beliau semasa ijazah Sarjana Muda adalah “Layanan terhadap tahanan politik di Malaysia”.

Seorang peguam pada usia 25 tahun

keluarga ismail

Selesai sahaja menamatkan pengajian, beliau memulakan kerjaya pertama sebagai seorang peguam pada tahun 1985 di usia 25 tahun. Dirinya yang aktif berjaya mendapat jawatan sebagai Ahli Majlis Daerah Temerloh pada tahun 1987 kemudian jadi pula Ahli Majlis Perbandaraan Temerloh pada tahun 1996. Pada tahun 1995 sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Kebudayaan, Datuk Sabbaruddin Chik. Kemudian dilantik pula sebagai Pengerusi Kompleks Sukan Negara sebelum memasuki Parlimen pada tahun 2004.

Permulaan kerjaya politik Perdana Menteri ke-9

ismail sabri

Beliau bermula menceburi bidang politik pada tahun 1987 lagi yang dilantik sebaga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Temerloh. 1988 pula, beliau diangkat sebagai Ketua Penerangan UMNO Bahagian Temerloh.

Disebabkan prestasi yang baik, beliau diangkat sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian pada tahun 1993. Pada usia 44 tahun, beliau berjaya menyandang jawatan Ketua Bahagian UMNO Temerloh pada tahun 2004.

PRU pada tahun 2004, beliau berjaya mendapat kerusi Parlimen di Bera yang kemudian dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan. Beliau memegang jawatan itu selama 2 tahun (2008-2009) di bawah pimpinan Tun Abdullah bin Ahmad Badawi. Selepas itu menggalas pula jawatan Menteri Perdangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (2009-2013) di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Beliau juga pernah menyandang Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2013-2015) dan seterusnya Menteri Pembangunan Luar Bandar (2015-2018).

Mula menarik perhatian rakyat bila menjadi Menteri Kanan (Kluster Keselamatan)

ismail sabri

Pada waktu ini, hampir setiap hari kita melihat Ismail Sabri muncul dalam sidang media untuk menerangkan perkembangan Covid-19. Pada Julai 2021, beliau diangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dengan mengekalkan jawatan penting Menteri Pertahanan.

Timbalan Perdana Menteri paling singkat dalam sejarah

Perdana Menteri ke-9

Beliau yang memegang jawatan kedua tertinggi negara itu selama 40 hari akhirnya disokong 114 Ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri. Ini selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Itulah serba sedikit biodata untuk kenali siapa Perdana Menteri ke-9 kita pada waktu ini. Semoga, negara kita dirahmati dan cepat keluar dari pandemik Covid-19.

Anugerah

Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) – Datuk (2004)

Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) – Datuk Seri (2020)

Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) – Dato’ (2005)

Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) – Dato’ Sri (2008)

Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) – Datuk Seri Panglima (2020)

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...