Biodata Penuh YAM Tengku Maimun, Melakar Sejarah Sebagai Ketua Hakim Wanita Pertama Negara

Gaya Hidup

Biodata Penuh YAM Tengku Maimun, Melakar Sejarah Sebagai Ketua Hakim Wanita Pertama Negara

Mengepalai lima panel hakim semalam, tanggal 23 Ogos 2022 menjadi satu sejarah buat rakyat Malaysia apabila Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat telah menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM120 juta kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak berikutan kes rasuah dalam SRC International.

Kes yang dinanti-nantikan semenjak ia mula dibicarakan pada tahun 2019 itu telah berakhir apabila Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman kepada Najib Razak.

Advertisement

Di dalam gegak gempita rakyat menyambut keputusan yang dikeluarkan oleh sistem perundangan Malaysia itu semalam, perhatian rakyat turut tertumpu kepada figura Ketua Hakim Negara di mana namanya barangkali menjadi titipan terhangat netizen di media sosial terutamanya Twitter.

Siapakah Tun Tengku Maimun Tuan Mat?

CJ Tengku MaimunSumber : BERNAMA via New Straits Time  

Dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada 2 Julai 1959, Tengku Maimun melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Universiti Malaya dan menamatkan pengajian dengan kepujian pada tahun 1982.

Perjalanan Kerjaya Tun Tengku Maimun Tuan Mat

Merupakan ibu kepada empat orang anak, Yang Amat Mulia memulakan kerjayanya dalam bidang perundangan sebagai pegawai undang-undang di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) pada tahun 1982.

Dua tahun selepas itu, Tengku maimun kemudiannya berkhidmat sebagai pegawai undang-undang di Majlis Perbandaran Seremban, Negeri Sembilan.

 

Pada tahun 1986, beliau menyertai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan sebagai Penolong Penggubal Parlimen di Bahagian Penggubalan Jabatan Peguam Negara.

Antara tugas-tugas lain Tengku Maimun dalam bidang undang-undang Malaysia.

1. Ahli Majistret di Mahkamah Port Dickson.

2. Peguam Persekutuan di Biro Bantuan Guaman Kuala Terengganu.

3. Penolong Pendaftar Kanan di Mahkamah Tinggi Seremban.

4. Timbalan Pendaftar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

5. Pegawai Khas kepada Yang Amat Berhormat Hakim Besar Malaya & Ketua Hakim Negara.

6. Hakim Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur merangkap Pegawai Khas Kepada Yang Amat Berhormat Ketua Hakim Negara.

7. Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya merangkap Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia di mana merupakan jawatan akhir beliau dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan negara.

CJSumber : The Edge Markets  

Di usia 46 tahun, Tengku Maimun telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya, Kuala Lumpur dan dinaikkan pangkat setahun kemudian sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Malaya.

Pada 8 Januari 2013, beliau kemudiannya dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan iaitu mahkamah kedua tertinggi dalam sistem kehakiman Malaysia.

Dan kemudian, tanggal 2 Mei 2019, Tengku Maimun kembali mencipta sejarah apabila beliau menjadi Ketua Hakim Negara wanita pertama di Malaysia.

Sepanjang sumbangan dan karier beliau dalam bidang guaman dan undang-undang, Yang Amat Mulia telah dianugerahkan pelbagai gelaran diraja dan diberi kurnia Darjah Seri Setia Mahkota yang membawa gelaran ‘Tun’, seperti laporan Berita Harian.

Kes-Kes Di Bawah Kelolaan Tengku Maimun

Antara kes-kes berprofil tinggi yang pernah dikendalikan Tengku Maimun adalah seperti kematian model Mongolia, Altantuya Shaaribuu pada 2006.

Malaysia KiniSumber : Malaysia Kini  

Selain itu, kes berunsur hasutan melibatkan ahli politik dan peguam terkenal, Karpal Singh di mana Tengku Maimun menjadi hakim tunggal yang kekal dengan pendirian untuk tidak bersetuju bahawa mendiang harus disabitkan bersalah meskipun terdapat cubaan untuk campur tangan dalam bidang kehakiman pada ketika itu.

Manakala bagi kes SRC International, Tengku Maimun adalah sebahagian daripada 7 hakim Mahkamah Persekutuan yang sebulat suara bersetuju untuk membenarkan perbicaraan pertama DS Najib Razak — mengenai penyelewengan dana unit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk bermula.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Dera budak taska kepong
2 years ago

(VIDEO) Lagi Kes Dera, Kanak-Kanak Dibelasah Dan Dipaksa Makan Cili Sehingga Meraung Undang Simpati Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...