Bintang WWE Memberikan Penghormatan Terakhir Di Atas Kematian Rocky Johnson, Ayah Kepada ‘The Rock’

Trending

Bintang WWE Memberikan Penghormatan Terakhir Di Atas Kematian Rocky Johnson, Ayah Kepada ‘The Rock’

Generasi kini mungkin tidak begitu mengenali Rocky Johnson yang merupakan ahli gusti terkenal pada zaman 60-an hingga 80-an. Rocky Johnson dikenali sebgai legenda yang terpahat dalam WWE Hall of Fame dan juga ayah kepada ahli gusti dan bintang filem Hollywood iaitu ‘The Rock’.

Rocky Johnson dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 75 tahun semalam dan pastinya berita ini memberikan satu kehilangan besar buat sukan gusti dunia. Rocky Johnson atau nama sebenarnya Wayne Douglas Bowles memulakan karier dalam bidang gusti pada pertengahan tahun 1960, di mana ia mula mendapat tempat di hati peminat susulan persembahannya di National Wrestling Alliance.

Advertisement

Susulan berita pemergian legenda itu, bintang-bintang terkenal WWE turut melahirkan salam takziah mereka dan memberikan penghormatan terakhir buatnya. Punca kematian tidak dijelaskan lebih lanjut namun rakan mendiang, Brian Blair memberitahu mendiang sudah mula berasa tidak sihat sejak minggu lalu.



Beliau bersara dari arena gusti pada tahun 1991 dan mula melatih anaknya, Dwayne Johnson yang juga merupakan ahli gusti terulung WWE. Kini, Dwayne Johnson bukan sahaja mengikuti jejak langkah bapanya namun dia juga lebih dikenali sebagai bintang Hollywood di dalam filem box office antaranya filem Jumanji: The Next Level.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...