Tidak sangka dipanggil untul menunaikan ibadah Umrah di Tanah Suci Kota Mekah, suami kepada pelakon kontroversi, Mawar Rashid, iaitu Raf Yakoob berkongsi berita gembira di Instagram.
Berdasarkan perkongsian itu, Raf sepatutnya pulang ke Kelantan untuk menziarahi Madrasah Islamiah Ahbabul Mustafa (MIAH) apabila dikejutkan dengan peluang untuk ke Mekah.
Doakan perjalanan saya ke Tanah Suci dipermudahkan kesemuanya. Raf juga doakan semua dapat peluang yang sama.
View this post on Instagram
Namun begitu, ada juga yang tidak turut gembira dengan berita tersebut. Apabila meninjau ke ruangan komen, seorang individu telah meninggalkan komen ‘pedas’ berkenaan Mawar, isterinya.
Bini kau dah buka tudung, apa kau nak jawab depan Allah? Tak rasa malu ke?
Tak lama kemudian, suami kepada pelakon jelita itu membalas dengan mangajak individu itu untuk berdepan dengannya sendiri di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) sebelum berangkat ke Mekah.
Tak mahu kalah, individu tersebut kembali membalas kepada Raf, menyatakan tidak perlu berjumpa. Sebaliknya, berhadapan lah sendiri dengan yang Maha Esa.
Selain itu, kami bawakan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.