Baru-baru ini, video pelakon, Remy Ishak tidur sewaktu berada dalam wad, dimana isteri, Ezza Yusof dan anak lelakinya turut ada menjadi perhatian netizen.
Dapat dilihat dalam video yang dimuat naik oleh Ezza, Remy nyenyak tidur di atas sofa dan kedengaran juga suara bayinya sedang menangis.
Seorang pengguna di Twitter memuat naik video itu semula dengan meletak kapsyen berkata isteri bersalin tapi bapa pula letih.
Susulan video tersebut telah meraih perhatian ramai, rata-rata netizen menganggap hal yang dilakukan oleh Remy sama sekali tidak salah.
Bahkan, ramai berpendapat seorang bapa juga berasa penat sewaktu isteri melahirkan anak kerana banyak perkara yang perlu diselesaikan seperti kehulur-kehilir menguruskan isteri, pendaftaran anak dan banyak lagi.
Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut meraih 2.4 juta tontonan dan lebih 100 retweet diterima daripada pengguna.