Bina Rumah Dan Masak Untuk 200 Orang, Penduduk Afrika Gembira Atas Misi Bantuan Ustaz Ebit Lew

Kehidupan

Bina Rumah Dan Masak Untuk 200 Orang, Penduduk Afrika Gembira Atas Misi Bantuan Ustaz Ebit Lew

Seperti yang dikhabarkan sebelum ini, Ustaz Ebit Lew ada melaksanakan misi bantuan global ke Afrika Selatan untuk membantu mereka yang memerlukan.

Beliau berasa sayu dan tersentuh melihat keadaan penduduk di sana yang serba kekurangan. Melalui misi bantuan yang dijalankan, beliau ada memberi sedikit hadiah dan wang tunai kepada beberapa keluarga di sana.

Advertisement

Bukan itu sahaja, beliau juga turut mendirikan 16 buah rumah untuk 16 buah keluarga memandangkan rumah mereka baru sahaja terbakar.

Selain itu, Ustaz Ebit juga turut berkongsi momen beliau memasak nasi beriyani beserta ayam untuk 200 orang di sana. Kelihatan anak-anak kecil gembira apabila diberi layanan seperti itu.

“Saya dapat tahu anak ini selalu lapar. Bila jamuan macam ni ramai yang hadir. Sampai semalam semua menari masa datang dan masa nak balik”

Tidak berakhir di situ, penduduk beserta anak-anak kecil di sana kelihatan cukup berterima kasih kepada Ustaz Ebit atas pertolongan yang diberikan.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...