Memiliki rumah sendiri memang menjadi impian setiap orang. Harga rumah yang mahal di pasaran menyebabkan memiliki rumah idaman menjadi kesukaran kepada pembeli.
Yang mempunyai tanah sendiri pula menghadapi masalah dengan kos yang diperlukan untuk membina rumah. Tetapi sekarang, inovasi interlocking Bricks dapat mengurangkan kos membuat rumah idaman handa hampir 50%. Bayangkan jika banglo yang kos RM300k boleh dikurangkan kepada RM150k dengan inovasi brick ini.
Konsep interlocking Bricks ni sama dengan permainan Lego, fungsi ini membolehkan anda membina konsep rumah yang anda inginkan iaitu klasik atau modern.
Kelebihan interlocking bricks :
1. Menjimatkan duit, masa dan tenaga.
Anda mesti terfikir kenapa cara ini lebih menjimatkan. Dengan cara ini anda boleh mengurangkan beberapa kos yang tinggi seperti formworks, konkrit, lepa simen, pekerja tenaga mahir dan besi yang banyak untuk kukuhkan konkrit.
2. cantik
Rupa finishing dia cantik dan eksentrik, bagi org yg tak suka rupa bata, boleh sapu simen dan cat minimum guna kaedah skin coating
3. Rumah lebih sejuk
Dalam rumah sejuk 3°- 5° dari rumah biasa sebab bata tu tak diselaputi simen yang padat. Jimat kos aircond
4. Binaan teguh
System dan bata telah diuji di makmal typhoon, ribut dan gempa bumi. Kekuatan bata adalah 7-15 Mpa. Sistem ni boleh bina rumah setinggi 6 tingkat hanya menggunakan structure load-bearing. (Beban pada dinding)
5. Sesiapa boleh buat
Semua orang pun boleh bina rumah dagan cara susun bata. Hanya perlu training sikit je. Part yang susah je upah orang contohnya roofing dan tile.
Kekurangan Interlocking Bricks:
1. Teknologi bar dan tak banyak syarikat yang mampu menyediakan service permasangan serta supply bata jenis ini.
2. Ada aduan pasal lumut. Bata ini menggunakan elem dari tanah. Benda seperti ini biasa dan boleh diselesaikan dengan clear paint atau tembal dengan waterjet.
Bagi yang berminat untuk memiliki rumah menggunakan bata seperti ini. Boleh hubungi saudara @ikarbertweet di twitter.
Ini adalah Interlocking Bricks. Konsep interlocking Bricks ni sama dengan permainan Lego. Sila fokuskan perhatian anda. pic.twitter.com/sDSmWV4xoE
— Ikar (@ikarbertweet) July 29, 2017
Design terpulang pada owner dan arkitek. Inhouse design pun ada. Rupa dia tak limited, boleh cipta ikut kreativiti dan fantasi korang pic.twitter.com/CizSDolbko
— Ikar (@ikarbertweet) July 29, 2017
Contoh rumah IB yg dah siap. pic.twitter.com/vYZE6Ysg4Y
— Ikar (@ikarbertweet) July 29, 2017
Rumah Interlocking Bricks System. Rumah banglo 1800sft kos tak lebih RM 100k. pic.twitter.com/Ffomu8YiQd
— Ikar (@ikarbertweet) July 25, 2017
Banglo setingkat, guna sistem interlocking bricks. Kos jimat 45% berbanding sistem konvesional ikat bata. pic.twitter.com/0C80HJxeaD
— Ikar (@ikarbertweet) July 28, 2017