Baru baru ini tersebar satu poster sebuah syarikat baru yang menawarkan khidmat membina rumah di atas tanah sendiri dengan harga RM45k untuk rumah seluas 900sgft di atas tanah sendiri.
Syarikat tersebut adalalah DBI Technology, yang dimiliki oleh seorang artis yang membeli title Dr dengan majlis graduasi ala ala majlis sekolah. Menurut info yang dipaparkan, DBI ini menggunakan system baru untuk membina rumah iaitu Interlocking Block System yang kami pernah kongsikan dahulu. System ini memang sangat jimat tetapi ia hanya mengurangkan kos sebanyak 50% sahaja, tidak seperti yang ditawarkan oleh syarikat ini dengan hanya kos 1/4 percent dari kos sebenarnya.
Anda percaya ke ada orang dapat gelaran Dato (beli), dan gambar konvo phD macam kat Dewan Makan boleh buat harga rumah murah gitu? pic.twitter.com/2YjjXJk0PM
— Mr. Hartanah (@twthartanah) September 7, 2017
Benda ini menjadi persoalan yang sangat serious di Media Sosial kerana untuk mebina rumah yang mempunyai 3 bilik dan 2 bilik air adalah tidak logo untuk harga RM45k. Rumah teres bantuan kerajaan pun memerlukan RM50,000. Syarikat tersebut sangat berani untuk menawarkan 45k sahaja untuk rumah 900sqft.
Kenapa murah sangat? Rumah teres bantuan kerajaan pon RM50,000. Tapi dia berani buat 45k je utk 900sqft. Ini kos yg kontraktor beri: pic.twitter.com/uVyCdRpQYg
— Mr. Hartanah (@twthartanah) September 7, 2017
Ini pula senarai harga barang ringkas. Tengok senarai "tidak termasuk" di bawah tu:- pic.twitter.com/Gq9O2SKdJw
— Mr. Hartanah (@twthartanah) September 7, 2017
Untuk agent bila, Siap nak bagi RM17,000 komisen lagi. Macam mana kira untung? Kira kos untuk buat rumah?
Tak cukup dengan kerja amal, agen bawahan mereka pon dia nak bagi RM17,000 sebagai komisyen.
Wahh bestnya kerja agen hartanah macamni ? pic.twitter.com/P4EnRgYLrK
— Mr. Hartanah (@twthartanah) September 7, 2017
Apa yang sebenarnya digunakan oleh syarikat ini adalah system MLM untuk membina rumah. Punya la nak menipu, sampai pakai system MLM.
Beli rumah pon macam system MLM. Ada macam2 pakej downline. Seronok nya pic.twitter.com/r5O7vzxe7s
— Mr. Hartanah (@twthartanah) September 7, 2017
Menngunakan modus MLM sudah menjadi kebiasaan bagi menarik minat orang untuk memiliki rumah. Memang tak masuk akal untuk rumah seperti yang ditawarkan oleh syarikat tersebut. Ini merupakan post FB yang menerangkan tentang system yang karut ini.
Ok lah ini summary daripada geng-geng FB.
Saja highlight kat penipu tu. pic.twitter.com/Jru2BPVYpH
— Mr. Hartanah (@twthartanah) September 7, 2017
Diharapkan anda berhati hati dengan tawaran seperti ini, sebarkan untuk mak cik pak cik anda supaya tidak tertipu.
Sumber: twthartanah