Bina Hospital Dalam Masa 10 Hari Petanda Situasi Wabak Virus Wuhan Sangat Buruk – Saintis Rawatan Ebola

Trending

Bina Hospital Dalam Masa 10 Hari Petanda Situasi Wabak Virus Wuhan Sangat Buruk – Saintis Rawatan Ebola

Dengan penularan coronavirus Wuhan yang amat berbahaya dan kini telah mengorbankan 41 nyawa, seorang saintis yang mempunyai bertahun-tahun pengalaman membangunkan rawatan untuk penyakit Ebola, Dr. Dena Greyson, telah menulis di Twitter untuk makluman bersama. Dr Grayson memberitahu:

***

Advertisement

China  melaporkan lebih kurang 15 kematian dari  #coronavirus dalam masa sehari, meningkatkan jumlah kematian pada kadar 50% kepada 41.

China sedang membina hospital dengan 1,000 katil di Wuhan dalam masa 10 hari, kerana hospital sedia ada penuh pesakit.

Ini hanya satu permulaan. Jumlah kematian meningkat dan jangkitan telah sampai ke Eropah.

Shanghai Disneyland telah ditutup, hospital merayu untuk bantuan. Perancis melaporkan tiga kes dan mangsa termuda buat masa ini ialah lelaki 36 tahun di China Tengah.

Dengan pengalaman bertahun-tahun membangunkan rawatan untuk Ebola, saya sangat ambil berat dengan wabak #coronavirus ini dari mula lagi, kerana jalinan virus ini tampak boleh tersebar dengan mudah, menyebabkan sakit teruk dan TIADA rawatan dan vaksin wujud untuknya.

Tidak seperti H5N1 ‘Selsema Burung’ (yang tidak berjangkit dengan mudah antara individu) dan SARS yang hanya boleh dijangkitkan oleh sekumpulan ‘penyebar super’, coronavirus ini tampak begitu mudah tersebar.

Bukan sahaja ia sangat mudah berjangkit, coronavirus luar biasa ini boleh menyebabkan jangkitan TERUK dan boleh membunuh individu yang sihat. Sangat jarang untuk melihat KEDUA-DUA sifat ini pada virus luar biasa yang sama. Selalunya sama ada yang satu sifat itu ATAU satu yang lain.

Para pakar menilai bagaimana bahayanya sejenis patogen (virus, bakteria dan sebagainya) dengan melihat kepada kadar ‘kematian kes’ iaitu kematian individu yang dijangkiti.

Sebenarnya masih TERLALU AWAL untuk tahu apa kadar kematian sebenar kerana untuk pesakit menyerah kalah kepada jangkitan mengambil masa. Oleh itu buat masa ini kadar kematian berada pada kadar ~4%…tetapi masih terlalu awal untuk tahu kadar sebenar kerana pesakit terjangkit boleh mati esok, minggu depan, dan sebagainya jika tiada jangkitan terbaru berlaku.

Lapor @CDSgov,

Awalnya, ramai pesakit yang dijangkiti wabak di Wuhan, China dilaporkan mempunyai kaitan dengan satu pasar jualan daging haiwan / makanan laut, membayangkan penyebaran dari binatang kepada manusia.

Kini ramai pesakit baru yang didiagnosis TIADA kaitan dengan pasar tersebut, menunjukkan jangkitan antara manusia dengan manusia = KHABAR BURUK.

Ramai tanya saya:

Bagaimana nak tahu jika saya telah dijangkiti coronavirus?

Jawapan saya, sukar untuk dijelaskan kerana simptomnya sama dengan terkena selsema—dari mana-mana spektrum selsema yang teruk sehinggalah pneumonia teruk dengan masalah pernafasan yang gagal.

Walaupun belum ada rawatan yang spesifik (ubatan untuk menentang coronavirus) mahupun vaksin, rawatan sokongan yang baik seperti bendalir IV, intubasi (pada ‘mesin bantuan pernafasan) boleh membantu menyokong pesakit sementara sistem imun mereka ‘berperang’ (dan harapnya, mengalahkan) jangkitan itu.

Dalam penyebaran wabak, hospital-hospital tempatan boleh terlalu penuh pesakit, tidak cukup katil, staf, mesin bantuan pernafasan.

Ini tampaknya sedang berlaku di Wuhan, di mana pihak berkuasa sedang berusaha membina hospital dengan 1,000 katil bergerak dalam masa HANYA SEPULUH HARI.

Ini sangat MENCEMASKAN.

China punya sejarah tidak melaporkan penyebaran wabak dengan telus, jadi sukar mengetahui apa sebenarnya sedang berlaku, tambahan pula dengan tiada kebebasan media dalam melaporkan berita, Internet dan sebagainya.

Respons besar-besaran China (seperti membina hospital dalam masa 10 hari) memberikan bayangan bahawa situasi wabak tersebut SANGAT BURUK, terutamanya di Wuhan.

Bagaimana melindungi diri anda dari jangkitan?

  1. Elakkan bersentuhan dengan orang yang jelas sakit (walaupun orang tersayang).
  2. Duduk di rumah jika anda sakit
  3. Tutup mulut anda dengan tisu semasa batuk/selsema
  4. Jangan sentuh wajah anda (sukar)
  5. Basuh tangan anda dengan kerap

Buat masa ini, risikonya tampak rendah di AS, hanya ada beberapa kes terpencil. Tapi saya jangka ini akan berubah tidak lama lagi, dengan jumlah kes yang semakin meningkat di sini, terutamanya dengan pengembaraan global dan bagaimana mudahnya coronavirus ini merebak (melalui titisan di udara).

Saya akan terus memberi komen berkenaan coronavirus yang semakin jelas ini dari semasa ke semasa. – diterjemah untuk amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...