Bimbang Peminat Indonesia Terpedaya, Hafiz Hamidun Akui Terima Aduan Akaun Palsu Hampir Setiap Hari

Hiburan

Bimbang Peminat Indonesia Terpedaya, Hafiz Hamidun Akui Terima Aduan Akaun Palsu Hampir Setiap Hari

Penyanyi Hafiz Hamidun meluahkan rasa bimbang apabila dia menerima aduan akaun palsu hampir setiap hari daripada peminatnya di media sosial.

Risau peminat dari negara Indonesia terpedaya dengan kewujudan akaun palsu tersebut, Hafiz meminta agar mereka di sana tidak tertipu dengan helah individu yang menyamar sebagai dirinya itu.

Advertisement

Menerima aduan seperti itu hampir setiap hari, Hafiz berkata dia tidak boleh menjangka apa yang individu itu boleh buat misalnya menghantar mesej tipu dan menganggu orang lain.

Saya tak tahu apa yang mereka buat atau dapat. Bila saya report dekat IG, dia akan buat akaun lain. Saya harap orang lain berhati-hati sebab mereka ini akan request nak jadi friends dekat ramai orang.

Malah, penyanyi lagu Jodoh Berdua ini turut mendakwa individu tidak bertanggungjawab tersebut juga membuat akaun palsu Facebook, Twitter dan juga Telegram.

Dia yang pada mulanya enggan mengambil pusing mengenai perkara itu kerana terlalu remeh kini berasa terpanggil untuk mengulas lanjut kerana ianya kelihatan keterlaluan sejak akhir-akhir ini.

Dalam pada itu, Hafiz berharap individu tersebut tidak membuat sesuatu yang boleh mencetuskan perasaan sangka buruk terhadap dirinya.

Hafiz Hamidun
3 years ago

"Nanti Nama Kita Yang Busuk.." - Bukan Untuk Kaut Keuntungan, Hafiz Hamidun Saran Selebriti 'Trademark' Nama

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...