Bila sebut pasal teh, dah terbayang macam-macam jenis air yang boleh dibuat hanya dengan satu uncang teh tidak kira dalam bentuk uncang teko, potbag atau 3in1. Baik dibancuh panas ataupun sejuk, memang surr!
Paling rakyat Malaysia tak boleh miss setiap hari, semestinya teh tarik! Tambah pula, kalau anda yang jenis suka hang out dengan bestie atau nak healing seketika lepas penat lakukan aktivti seharian. Memang surr kalau dapat teh tarik!
Hmm, tapi kalau jenis yang jaga badan dan sukat pengambilan kalori setiap hari takkan tengok je? Sesekali nak juga ada cheat day, betuk tak? Jangan risau, kami nak share dengan anda satu produk teh susu latte dari jenama teh terkenal di Malaysia, Lipton.
Lipton Teh Tarik 3-in-1 Milk Tea Latte, Cara Mudah Teh Tarik Enak Tersedia!
Pergh, memang menyelerakan! Memperkenalkan Lipton Teh Tarik 3-in-1 Milk Tea Latte. Kalau anda nak tahu, ia merupakan salah satu jenis teh susu daripada rangkaian 3-in-1 Milk Tea Latte yang sangat membantu buat anda yang menjaga pemakanan serta para pelajar yang tinggal di hotel/asrama.
Sebab apa kami cakap macam tu? Haa, Lipton Teh Tarik 3-in-1 Milk Tea Latte didatangkan dalam bentuk sachet. Anda hanya perlu koyak, bancuh dan masukkan air. Settle!
Walaupun teh ini mudah dibancuh dan mengambil masa yang singkat, tetapi ia masih mengekalkan rasa dan aroma daun teh yang sama.
Teh Tarik Rendah Kalori Sesuai Yang Disukai Ramai
Buat anda yang risau kalau Lipton 3-in-1 Teh Tarik Milk Tea Latte ni terlalu berlemak dan tinggi kalori. Jangan risau! Setiap pek Lipton 3-in-1 Teh Tarik Milk Tea Latte ini hanya mengandungi tidak lebih daripada 100 kalori (setiap cawan). Wow!
Lebih menarik, Lipton 3-in-1 Teh Tarik Milk Tea Latte ini boleh diminum pada bila-bila masa dan apa juga situasi. Contohnya, ketika berada di pejabat, di rumah bersama keluarga atau para pelajar yang minum bersama-sama bestie sambil buat study group. Wah, patutlah jadi jenama teh pilihan keluarga Malaysia!
Tak Kisah Panas Atau Sejuk. Resipi Mudah Teh Tarik 3-in 1 Dari Lipton Sedap Tak Terkata! Jom Cuba Resipi Teh Tarik 3-in-1 Dari Lipton!
Kami nak share dengan anda dua variasi resipi mudah yang anda boleh cuba sendiri. Paling penting, pastikan guna Lipton 3-in-1 Teh Tarik Milk Tea Latte! Barulah Ekstra Kaw. Ekstra Rasa.
Teh Tarik 3-in 1 Versi Panas
Bahan-bahan:
– 180ml air panas
– 1 sachet Lipton 3-in-1 Teh Tarik Milk Tea Latte
Langkah- langkah:
Langkah 1: Masukkan 180ml air panas ke dalam cawan.
Langkah 2:Koyak 1 sachet Lipton 3-in-1 Teh Tarik Milk Tea Latte dan tuang ke dalam cawan.
Langkah 3: Kacau kedua-duanya sehingga bertukar warna.Nak lagi sedap kena lah tarik tinggi-tinggi! Settle!
Teh Tarik 3-in-1 Versi Sejuk (Teh Ais)
Bahan-Bahan:
-80ml air panas
-1 sachet Lipton 3-in-1 Teh Tarik Milk Tea Latte
– Kiub ais
Langkah-Langkah:
Langkah 1: Bancuh 80ml air panas bersama 1 sachet Lipton 3-in-1 Teh Tarik Milk Tea Latte
Langkah 2: Kacau kedua-duanya sehingga bertukar warna. Nak lagi sedap tarik lebih sikit! Baru lah dapat buih yang banyak!
Langkah 3: Setelah itu, tambahkan kiub ais ke dalam cawan. Siap!
Tunggu apa lagi! takkan nak baca je gais! Cepat serbu ke semua pasar raya besar, pasar raya dan kedai runcit di seluruh negara. Lagi mudah, beli sahaja di Lazada. Terus sampai di depan rumah!
Untuk info lanjut serta promo terkini, ikuti akaun Facebook dan Instagram Lipton.