Kerana bimbang kes bunuh diri di negara semakin meningkat, pelakon Aeril Zafrel memberi cadangan agar individu yang merasakan dirinya diselembungi dengan masalah luahkan segalanya kepada rakan atau keluarga selain daripada mendekatkan diri dengan Allah SWT.
Menurut Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari, tindakan meluahkan segala masalah kepada rakan atau keluarga terdekat merupakan salah satu cara untuk melegakan tekanan yang dihadapi oleh mereka.
Bagi saya, apabila bila ada masalah.. luahkanlah. Selain mendekati diri dengan Allah, luahan hati juga amat membantu dalam meredakan tekanan.
View this post on Instagram
Tambahnya lagi, jika kita tidak mampu untuk memberikan bantuan, luangkan lebih masa untuk mendengar masalah yang dihdapai oleh mereka juga merupakan salah satu bantuan yang bermakna.
Dalam pada itu, isterinya, Wawa Zainal turut berkongsikan aktiviti yang dapat menghilang stress yang boleh dilakukan oleh orang ramai di rumah seperti tonton filem bersama, kemas rumah dan sebagainya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan buat masa ini.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.