Bimbang Dirinya Buat Perkara Tak Elok, Keluarga Minta Usop Pulang Ke Kampung Disebabkan PKP 2.0

Hiburan

Bimbang Dirinya Buat Perkara Tak Elok, Keluarga Minta Usop Pulang Ke Kampung Disebabkan PKP 2.0

Baru saja memulakan kehidupan baru di Ibu Kota, penyanyi Usop khabarnya telah pulang ke kampung halamannya di Kulim, Kedah gara-gara perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 13 Januari lalu.

UsopSumber : Instagram Usop 

Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor berkata dia telah diminta kembali ke kampung oleh kedua ibu-bapanya kerana bimbang dia tinggal berseorangan di Kuala Lumpur.

Advertisement

Bekas peserta program nyanyian Big Stage 2020 ini memberitahu bahawa sebelum ini dia tinggal di rumah sepupu atau ulang alik dari Kedah ke Kuala Lumpur jika mempunyai urusan di Ibu Kota. Tambahnya lagi, ini merupakan kali pertama dia berjauhan daripada ibu bapa dan awal tahun ini dia telah bertekad untuk tinggal di rumah sewa bersama pengurus dan rakannya yang lain.

View this post on Instagram

A post shared by Usop ? (@usopofficial)

“Tapi tahun ini saya nekad untuk duduk di rumah sewa bersama pengurus dan rakan. Pertama kali saya duduk berjauhan dengan keluarga. Mula-mula itu, ibu bapa saya memang berat hati nak biarkan saya tinggal di KL. Mereka risau kalau saya buat perkara tak elok tapi saya ini bukan orang yang buat benda merapu. Kalau habis kerja, balik rumah terus. Bila dah duduk sendiri, baru ada tanggungjawab..kena berjimat cermat.”

Dalam pada itu, penyanyi berusia 24 tahun ini menjelaskan bahawa dia bergegas pulang ke Kedah setelah mengetahui perlaksanaan PKP akan dilaksanakan pada hari Rabu lalu usai saja rakaman sebuah program kerana bimbang tidak sempat merentas negeri sebelum PKP dimulakan.

View this post on Instagram

A post shared by Usop ? (@usopofficial)

Tambahnya lagi, dia yang sepatutnya menjalani penggambaran sebuah drama selama sebulan di Kuala Lumpur terpaksa ditunda kerana PKP yang dilaksanakan kini.

Perkembangan terkini, Usop bakal muncul dengan lagu baharu berjudul Lenyap yang khabarnya bakal dilancarkan dalam masa terdekat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...