Bimbang Dengan Komen Netizen Punca Upiak Lupa Lirik, Jadi Peserta Tercorot Minggu Kelima GV8

Hiburan

Bimbang Dengan Komen Netizen Punca Upiak Lupa Lirik, Jadi Peserta Tercorot Minggu Kelima GV8

Oleh kerana lupa lirik ketika sedang menyanyi, penyanyi Indonesia Upiak Isil telah mendapat kedudukan tercorot pada konsert minggu kelima program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) yang berlangsung malam Ahad, semalam.

Upiak atau nama sebenarnya Silvia Nanda yang mendapat markah 57 itu mengakui dirinya mendengar serta mengetahui lagu nyanyian Datuk Shiela Majid berjudul Pengemis Muda dalam masa seminggu.

Advertisement

Kerana terlalu gemuruh akibat bimbang akan melakukan kesilapan, Upiak turut memberitahu dia tertanggu apabila memikirkan komen-komen dari netizen.

Biarpun mendapat markah terendah, boleh dikatakan nasib menyebelahi penyanyi wanita itu kerana tiada penyingkiran pada malam tersebut.

Sementara itu, penyanyi Nikki Palikat mendapat markah tertinggi iaitu 78.50 manakala Aliff Aziz 77.80 dan Ani Mayuni mendapat tempat ketiga dengan markah sebanyak 67.80.

Sekadar info, GV8 minggu ini menampilkan Nabil Ahmad dan digandingkan bersama Elly Mazlein kerana pengacara tetap, Jihan Muse tidak dapat hadir akibat terjejas dengan banjir.

Upiak Isil
2 years ago

"Komen Seolah-Olah Mereka Tuhan.." Kemampuan Nyanyian Dipersoal, Upiak Isil Jauh Hati Dengan Kritikan Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...