Oleh kerana lupa lirik ketika sedang menyanyi, penyanyi Indonesia Upiak Isil telah mendapat kedudukan tercorot pada konsert minggu kelima program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) yang berlangsung malam Ahad, semalam.
Upiak atau nama sebenarnya Silvia Nanda yang mendapat markah 57 itu mengakui dirinya mendengar serta mengetahui lagu nyanyian Datuk Shiela Majid berjudul Pengemis Muda dalam masa seminggu.
Kerana terlalu gemuruh akibat bimbang akan melakukan kesilapan, Upiak turut memberitahu dia tertanggu apabila memikirkan komen-komen dari netizen.
View this post on Instagram
Biarpun mendapat markah terendah, boleh dikatakan nasib menyebelahi penyanyi wanita itu kerana tiada penyingkiran pada malam tersebut.
Sementara itu, penyanyi Nikki Palikat mendapat markah tertinggi iaitu 78.50 manakala Aliff Aziz 77.80 dan Ani Mayuni mendapat tempat ketiga dengan markah sebanyak 67.80.
Sekadar info, GV8 minggu ini menampilkan Nabil Ahmad dan digandingkan bersama Elly Mazlein kerana pengacara tetap, Jihan Muse tidak dapat hadir akibat terjejas dengan banjir.