“Bimbang Bawa Ke Jurang Keruntuhan Akhlak..” – Mufti Penang Kecewa ‘Hot Daddy’ Dijemput Ke Podcast, Gesa Ambil Tindakan

Kehidupan

“Bimbang Bawa Ke Jurang Keruntuhan Akhlak..” – Mufti Penang Kecewa ‘Hot Daddy’ Dijemput Ke Podcast, Gesa Ambil Tindakan

Baru-baru ini, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, telah menyatakan rasa kurang senang dengan sebuah podcast tular yang menjemput tertuduh kes persundalan di media sosial, dikenali sebagai Hot Daddy sebagai tetamu mereka.

Cara menormalisasi

Menurut Wan Salim, tindakan tersebut seolah-olah menormalisasikan persundalan dan boleh membawa pengaruh tidak baik kepada pengguna media sosial lagi-lagi yang masih muda.

Advertisement

Sekiranya keadaan ini tidak dikekang atau dicegah, dibimbangi ia akan mempengaruhi remaja dan membawa mereka ke jurang keruntuhan akhlak.

Mohon ambil tindakan

Tambahan pula, dirinya juga meminta agar pihak yang bertanggungjawab bagi mengambil tindakan yang sepatutnya kepada pengajur podcast berkenaan supaya tidak menjadi contoh buruk kepada masyarakat di Malaysia.

Sehubungan itu, kita mohon pihak berkuasa mengambil tindakan segera bagi mendakwa penganjur podcast.

 

Semoga ia menjadi pengajaran kepada semua pihak dan sebagai satu langkah mencegah tindakan menormalisasikan maksiat di negara ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bros Gang Tv | BGTV+ (@brosgangtv)

Terdahulu, penganjur podcast tersebut telah tampil mempertahankan podcast mereka dengan berkata hal tersebut adalah demi awareness. Namun, orang ramai tetap tidak setuju dengan tindakan mereka yang seperti ingin meraih tontonan daripada netizen dengan alasan untuk beri pengajaran.

hot daddy
11 months ago

Dikecam Bawa 'Ikon Pers*ndalan' Hot Daddy Ke Podcast, Influencer Pertahan Tindakan - "Pahit Manis Memang Kena Telan"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...