Bimbang Akidah Terjejas, Avaa Vanjaa Berjaya Halang Bekas Suami Bawa Anak-Anak Ke Luar Negara

Hiburan

Bimbang Akidah Terjejas, Avaa Vanjaa Berjaya Halang Bekas Suami Bawa Anak-Anak Ke Luar Negara

Pelakon Avaa Vanja dilaporkan telah berjaya mendapatkan hak penjagaan sementara buat anaknya setelah dia memfailkan tuntutan cerai terhadap bekas suami, Aamil Sulaiman pada 2 Disember tahun lalu.

Lebih menggembirakan, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur juga telah membenarkan permohonan injuksi Avaa agar anaknya itu dihalang daripada dibawa bekas suami ke luar negara.

Advertisement

Menurut peguam yang mewakili aktres itu, Nurul Hafidzah dan Zeti Zulkifli, anak guam mereka dan bekas suami telah menjalani proses sulh hadhanah dan sebutan pertama kes cerai mereka pada 28 Disember lalu.

Anak guam memohon agar diberi hak penjagaan, sementara menunggu permohonan hadhanah penuh diputuskan kerana khuatir kebajikan dan akidah anak terabai sekiranya tidak dijaga olehnya.

Avaa juga memfailkan injuksi bagi menghalang anaknya dibawa keluar negara oleh suaminya yang turut mempunyai kewarganegaraan Amerika Syarikat.

Difahamkan juga, anak perempuan Avaa yang kini berusia 10 tahun turut mempunyai kewarganegaraan negara itu.

Terdahulu, pelakon Kampung Pisang Bersiri-Siri ada membuat laporan polis mendakwa bekas suaminya itu telah mendera dia dan anak di rumah sekitar bulan Oktober tahun lalu.

Sekadar info, Avaa dan Aamil mendirikan rumah tangga pada tahun 2011.

Eyra Hazali
3 years ago

(TAHNIAH) Bakal Timang Anak Kedua, Eyra Hazali Hamil Lima Bulan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...